Ini Sebab Akram Mahinan Sertai Terengganu Untuk Saingan Musim 2024/2025

Akram Mahinan secara rasminya kini menjadi rekrut terbaharu bagi memperkukuhkan Terengganu yang akan mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk musim 2024/2025.

Akram yang sudah beraksi selama beberapa musim bersama Kuala Lumpur City (KL City) sebelum ini boleh dianggap menjadi antara nadi utama pasukan tersebut dalam memperkukuhkan jentera tengah bersama aksi cukup menyakinkan.

Selepas melalui musim-musim hebat bersama KL City, ini menjadi perjalanan karier baharu buat Akram untuk menyertai skuad kendalian Tomislav Steinbruckner pula bagi saingan musim hadapan.

Jika dilihat pada penyertaan Akram bersama Terengganu, pasukan itu jelas bakal mendapat banyak impak positif mampu ditawarkan oleh Akram seperti aspek pengalaman serta kualiti dimiliki pemain berkenaan.

Akram juga turut berkongsikan sebab mengapa beliau menyertai Terengganu untuk saingan hadapan dengan Steinbruckner sebagai punca dirinya berminat menyarung jersi Sang Penyu.

Malah, pemain berpengalaman itu turut mengakui beliau suka akan cabaran baharu dalam misi untuk mengembangkan lagi karier dalam dunia bola sepak profesional.

“Selepas melihat corak permainan yang diterapkan Tommy (Tomislav) pada musim lalu, saya begitu tertarik untuk menimba ilmu lebih-lebih lagi ia bersesuaian dengan cara saya bermain sekali gus saya tidak berfikir panjang selepas mendapat tawaran daripada pihak pengurusan.

“Lagipun saya sukakan cabaran yang baharu selain skuad TFC ini bukannya calang-calang sebaliknya sebuah pasukan yang besar dalam saingan Liga M, jadi saya begitu teruja dengan suasana dan cabaran baharu nanti.

“Namun saya sedar ianya bukan kerja mudah untuk mengintai kesebelasan utama pasukan, bagaimanapun saya akan berusaha lebih keras lagi untuk membantu pasukan sekurang-kurangnya muncul tiga pasukan terbaik Liga Super selain mahu meraih trofi bersama TFC,” katanya menerusi laporan daripada Harian Metro.

Pada masa sama, Akram mengakui beliau turut mendapat tiga tawaran sebenarnya untuk saingan musim hadapan sebelum dirinya memutuskan untuk menyertai Terengganu.

Kuching City jadi antara pasukan yang sebenarnya turut berminat untuk menandatangani pemain tengah bertahan tersebut selain KL City sendiri mempunyai rencana mengekalkan beliau untuk saingan hadapan.

“Salah satunya pasukan KL City FC serta Kuching City FC (KCFC) selain TFC, namun saya lebih berminat untuk mulakan cabaran baharu dengan pasukan dari Pantai Timur ini.

“Apa yang saya harapkan peminat dapat menerima dan memberikan sokongan padu kepada saya serta pasukan,” kata pemain berusia 31 tahun itu akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN