Ini Pandangan Semasa Fandi Ahmad Buat Sri Pahang

Pengendali utama Sri Pahang, Fandi Ahmad tampil memberi pandangan beliau yang tersendiri selepas melihat perjalanan semasa pasukannya dalam tempoh pramusim sebelum aksi Liga Malaysia (Liga M) bermula.

Tampil dengan beberapa rombakan, Sri Pahang jelas ingin tampil dengan lebih baik jika dibandingkan pada tahun lalu untuk terus menjadi selaku antara kelab berpengaruh di Malaysia.

Sebelum itu, pasukan tersebut sudah pun beraksi di Singapura sebanyak dua perlawanan bersama kelab tempatan dalam misi untuk menguji persefahaman sebelum tirai Liga M berlangsung tidak lama lagi.

Sepanjang di Singapura, Tok Gajah berjaya meraih dua kemenangan sewaktu berdepan Albirex Nigata serta Geylang International untuk memastikan mereka unggul walau di gelanggang lawan.

Dua aksi tersebut juga menyaksikan gawang gol Tok Gajah langsung tidak dibolosi dan mereka juga berjaya menghasilkan dua jaringan secara keseluruhan menerusi Adam Aliff serta Aleksandar Cvetkovic.

Menurut Fandi, beliau jelas sangat gembira dengan apa dilakar oleh Sri Pahang sepanjang tempoh mereka berada di Singapura selepas mengharungi dua perlawanan.

Hasil perlawanan itu juga menyaksikan Fandi dapat membentuk persefahaman membabitkan pemain baru dan lama untuk menjadi lebih baik terutama ketika aksi kedua.

Malah, pengendali legenda itu turut memuji kombinasi serangan mereka yang semakin berbisa terutama ketika menentang Geylang International walaupun pasukan tersebut hanya mampu melakar satu jaringan.

“Alhamdulillah saya gembira dengan keputusan perlawanan terutama aksi kedua yang menyaksikan kombinasi antara pemain semakin menunjukkan perkembangan positif.

“Kita banyak membuka peluang melakukan jaringan tetapi jentera hadapan agak kurang tajam kerana sepatutnya boleh menjaringkan tiga atau empat gol ketika berdepan Geylang International FC.

“Namun, syabas kepada pemain muda yang menampilkan persembahan meyakinkan dan baik sekali terutama sentuhan jaringan Adam Aliff,” kata Fandi menerusi laporan dikeluarkan Harian Metro.

Pada masa sama, Fandi turut mengakui para pemain kendaliannya kurang selesa untuk menyesuaikan diri dengan cepat di atas padang sintetik serta memerlukan lebih masa sepanjang berada di sana.

Ketika ini, persiapan dalam kalangan pemain Sri Pahang boleh dikatakan sudah pun serba lengkap di segenap posisi dan ada laporan menyatakan adik kepada bekas penyerang legenda Dickson Nwakaeme iaitu Anthony Nwakaeme bakal menyertai kelab tersebut.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN