3 Faktor Mengapa Indonesia Tampil ‘Mendunia’ Di Pentas Piala Asia B-23

Indonesia bawah 23 (B-23) berjaya mencipta rekod baharu dalam sejarah bola sepak mereka, apabila Sang Garuda buat pertama kalinya mara ke pusingan suku akhir Piala Asia B-23 di Qatar.

Tampil selaku bukan pasukan pilihan, perjalanan Indonesia di pentas Piala Asia B-23 tidak mudah apabila mereka bermula dengan langkah kiri terlebih dahulu menerusi kekalahan kepada Qatar.

Malah, dua pemain mereka juga turut tidak dibenarkan beraksi untuk aksi seterusnya iaitu Ivar Jenner serta Ramadhan Sananta sebelum kebangkitan dilakar bersama elemen kejutan pada perlawanan kedua.

Apa tidaknya, Indonesia berjaya meraih kemenangan mengejut sewaktu mereka mengatasi Australia bersama keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal bintang muda, Komang Teguh.

Terbaharu, skuad kendalian Shin Tae-yong berjaya memastikan tiket ke pusingan suku akhir seterusnya menjadi milik Indonesia, apabila mereka merekodkan kemenangan besar 4-1 untuk mengatasi Jordan.

Empat jaringan Indonesia itu terhasil menerusi dua ledakan Marselino Ferdinan, Witan Sulaeman, serta Komang Teguh untuk mematikan impian Jordan ke pusingan seterusnya.

Ini merupakan faktor utama mengapa Indonesia tampil dengan begitu cemerlang sepanjang saingan Piala Asia B-23 di Qatar ini berlangsung sehingga melayakkan diri ke pusingan suku akhir.

Barisan pemain muda berpengalaman

Daripada senarai pemain yang beraksi di pentas Piala Asia B-23 ini, Shin telah pun menyenaraikan 9 bintang muda yang terdahulu turut bersama pasukan senior dalam kejohanan tersebut beberapa bulan lalu.

Sembilan pemain muda itu ialah Rafael Struick, Marselino Ferdinan, Witan Sulaeman, Pratama Arhan, Rizky Ridho, Justin Hubner, Ivar Jenner, Ernando Ari, serta Hokky Caraka yang sebelum ini bersama pasukan senior di pentas Piala Asia 2023.

Menerusi pengalaman mereka terdahulu, ia digunakan sebaik mungkin untuk aksi Piala Asia B-23 kali ini bersama rakan sepasukan lain daripada segi ketahanan mental serta cepat menyesuaikan diri akan intensiti permainan di pentas kejohanan tersebut.

Malah Marselino sendiri memainkan peranan cukup besar di pentas Piala Asia bersama pasukan senior dan junior serta turut meledak gol pada dua kejohanan itu.

Faktor Shin Tae-yong

Corak permainan Indonesia jelas berubah dengan sangat positif selepas pengendali dari Korea Selatan itu mengubahnya sejak beberapa tahun lalu dan membabitkan pasukan senior serta pembangunan Sang Garuda.

Untuk aksi Piala Asia B-23 ini sahaja, Indonesia tampil dengan kualiti permainan cukup menarik daripada segi penguasaan bola serta kreativiti mendapatkan jaringan walaupun berhadapan lawan lebih kuat seperti Australia dan Jordan.

Malah, asas bola sepak buat setiap pemain juga jelas semakin meningkat daripada segi kawalan, ketepatan hantaran, serta stamina untuk beraksi dengan intensiti cukup tinggi sepanjang tempoh perlawanan berlangsung.

Tuah Stadium Abdullah Bin Khalifa

Stadium Abdullah Bin Khalifa jelas memberi tuah cukup besar buat Indonesia sejak skuad senior negara itu beraksi di kejohanan Piala Asia 2023 lagi dengan siri kemenangan dicipta.

Pada saingan di peringkat senior dulu, Indonesia berjaya meraih kemenangan pertama mereka buat pertama kali di kejohanan Piala Asia sewaktu mereka menewaskan Vietnam menerusi keputusan 1-0 hasil jaringan Asnawi Mangkualam.

Kali ini, tuah stadium tersebut terus memihak pasukan B-23 Indonesia menerusi dua kemenangan diraih ketika menentang Australia dan Jordan serta memastikan mereka berjaya mara ke pusingan seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN