Selangor Miliki Peluang Cerah Rangkul Kejuaraan Asia Sulung Musim 2024

Selangor dilihat berpeluang untuk menggegarkan saingan di pentas Asia sebelum aksi Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 bakal membuka tirai tidak lama sahaja lagi.

Musim ini menyaksikan Selangor bukan sahaja bakal sibuk dalam saingan di pentas domestik, tetapi pasukan itu juga bakal menjadi salah satu wakil Malaysia di kejohanan AFC Champions League 2 (ACL2) yang turut menghimpunkan kelab handalan di seluruh Asia.

Sebelum mereka menghadapi kejohanan tersebut, The Red Giants terlebih dahulu menganjurkan kejohanan pramusim yang diberi nama Selangor Asia Challenge 2024 dengan menjemput tiga kelab di sekitar Asia Tenggara.

Tiga kelab tersebut merupakan Young Elephants (Laos), DPMM FC (Brunei), dan wakil dari Singapura iaitu Balestier Khalsa dan akan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.

Melihat kepada kejohanan yang akan berlangsung ini, jelas ia dapat memberi pengalaman berguna buat Selangor daripada segi persediaan sebelum saingan sebenar berlangsung tidak lama lagi.

Terdahulu, Selangor juga sudah pun mengharungi beberapa perlawanan persahabatan termasuk siri jelajah pramusim dilakukan di Thailand.

Berikut merupakan tiga faktor mengapa Selangor berpeluang merangkul kejuaraan Asia pertama musim ini walaupun bakal menghadapi tiga pasukan dari luar negara

Kualiti pasukan lawan

Melihat kepada kualiti pasukan lawan bakal dihadapi The Red Giants, jelas hanya Young Elephants sahaja memiliki reputasi lebih baik untuk memberi cabaran besar buat skuad kendalian Nidzam Jamil jika dibandingkan kelab lain.

Untuk rekod, Young Elephants merangkul gelaran juara pada musim lalu dalam persaingan Lao League 1 dan mengekalkannya selama dua tahun berturut-turut.

Malah pasukan tersebut juga diperkuatkan dengan beberapa pemain kebangsaan Laos serta beberapa barisan import cukup berkualiti di atas padang.

Kelebihan di laman sendiri

Faktor beraksi di laman sendiri bakal menjadikan Selangor memiliki peluang cukup cerah untuk merangkul gelaran juara Selangor Asia Challenge bagi edisi 2024.

Apa tidaknya, The Red Giants sudah tentu akan mendapat sorakan motivasi cukup padu sepanjang kejohanan itu berlangsung dan sedikit sebanyak menghadirkan rasa gerun buat pasukan lawan.

Malah, para pemain Selangor juga sudah tentu akan melonjak daripada segi motivasi untuk menampilkan kualiti permainan positif ketika menghadapi pasukan lawan di atas padang.

Faktor pemain Selangor

Jika dilihat pada senarai empat pasukan bakal bertanding, jelas Selangor dibarisi oleh para pemain lebih berkualiti dengan membabitkan aspek tempatan serta import.

Memiliki trio serangan baharu seperti Ronnie Fernandez, Alvin Fortes, serta Faisal Halim pastinya ia mampu memberi rasa gerun buat mana-mana pertahanan lawan jika dilihat pada reputasi mereka.

Selain itu, Selangor juga turut diperkuatkan ramai lagi pemain berstatus kebangsaan seperti Khuzaimi Piee, Fazly Mazlan, Noor Al Rawabdeh dan beberapa bintang muda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN