Walaupun gagal ke suku akhir, Penang FC menamatkan kempen Piala Malaysia 2021 dengan menang 2-1 ke atas Sarawak United dalam aksi terakhir kumpulan dan akan melihat musim depan yang lebih mengujakan.
Ini kerana, daripada sidang media selepas perlawanan, pengendali Penang FC, Thomas Trucha memberikan gambaran yang musim depan mungkin bakal mengujakan para penyokong dengan beberapa pemain baharu.
Sebelum ini beliau berkata yang pentas Piala Malaysia kali ini akan dijadikan sebagai ujian kepada para pemain untuk saingan musim depan dan fokus mereka tidak terlalu diberikan kepada untuk meraih keputusan.
📊 KEDUDUKAN PERINGKAT KUMPULAN – PM6#TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/48ZxbomnDd
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 10, 2021
Mungkin disebabkan itu, persembahan mereka telah mengecewakan para penyokong terutamanya apabila dua kali tumbang kepada Sri Pahang dengan keputusan besar – tewas 0-4 dan 0-5, satu yang di luar jangkaan.
Aksi longlai mereka menimbulkan spekulasi ‘nakal’ mengenai pergolakan dalaman antara Pengarah Teknikal, Tomas Trucha dan juga barisan kejurulatihan pasukan yang menyebabkan pasukan mudah dibelasah lawan.
Ditanyakan mengenai pergolakkan tersebut, Tomas Trucha berkata di sidang media, beliau tidak seharusnya bercakap mengenai perkara yang bukan dalam bidangnya, “Jangan tanya perkara ini kepada saya,” ungkapnya.
“Macam Mana Perasaan Orang Yang Beli Tiket RM120?” – Apa Sedang Berlaku Di Penang FC?https://t.co/X2sBTSwlnL
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 4, 2021
Ujarnya tentang musim hadapan, “Saya tidak sabar untuk bertemu semua penyokong yang dengarnya mampu memenuhkan stadium [Bandaraya] – 10 ribu, 15 ribu, 20 ribu penyokong. Ini yang telah kita kehilangan. Ini yang amat saya nantikan sejak saya tiba ke dalam pasukan. Tiada bola sepak tanpa penyokong, ia jelas berbeza.”
“Untuk semua penyokong, kami sedang membuat yang terbaik untuk persediaan musim hadapan. Saya yakin kita akan membawa beberapa pemain menarik ke Penang FC musim depan. Apabila tiba masanya nanti, mereka [penyokong] tentunya tidak sabar-sabar untuk melihat pemain-pemain itu,” tambahnya lanjut.
Berakhir cabaran Penang FC dalam Piala Malaysia dan penjaga gol Sam Somerville antara pemain utama yang sah meninggalkan pasukan apabila difahamkan menyertai Selangor FC dengan kontrak 2 tahun bermula musim depan.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 10, 2021
Penang FC menamatkan saingan Liga Super musim ini – musim pertama sejak kembali, di kedudukan ketiga, di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC. Ia petanda jelas yang Harimau Kumbang bukan pasukan biasa-biasa walaupun tiada langsung pemain bintang dalam senarai pemain mereka musim ini.
Jelas semangat berpasukan dan ‘keluarga Penang FC’ yang ditanam sejak musim 2019 adalah tonggak utama mereka dan ini yang harus dikekalkan pada musim depan. Ujar Tomas Trucha, “Apa yang banyak dicakapkan serta disampaikan dikalangan pemain selepas perlawanan adalah kasih sayang dan semangat kekeluargaan.”
Sementara itu, menurut perkhabaran oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Azam Zainal di laman Twitternya, penjaga gol utama mereka, Sam Somerville dijangka akan menyertai kem Selangor FC pada musim hadapan.
Pemain yang sah akan meninggalkan pasukan pula adalah pemain-pemain pinjaman mereka, Ryuji Utomo yang akan kembali ke Persija Jakarta, Quentin Cheng (Selangor FC), Azim Rahim serta Fauzan Fauzi (KL City FC).