5 Pemain Yang Memiliki Penyudah Paling Padu Dalam Dunia Bola Sepak

Pemain yang memiliki penyudah paling padu dan tajam merupakan individu yang paling dicari oleh mana-mana pasukan dalam dunia bola sepak.

Hal itu kerana tugas menjaringkan gol tidak dinafikan lagi sememangnya satu tugas paling berat dan sukar untuk dilakukan dalam dunia sukan bola sepak ini.

Mana-mana pasukan akan sanggup membelanjakan dana yang besar dalam usaha mereka untuk mendapatkan pemain-pemain yang memiliki penyudah yang tajam.

Pemain penyerang seperti Karim Benzema, Robert Lewandowski dan Romelu Lukaku telah menjadi kunci kepada kejayaan pasukan masing-masing sejak kebelakangan ini.

Kemampuan dalam melakukan penyudah merupakan skill paling penting untuk seorang pemain penyerang, dengan meletakkan bola di dalam gawang gol lawan dianggap kemahiran paling sukar untuk dikuasai.

Oleh yang demikian, berikut merupakan senarai lima pemain yang dianggap memiliki penyudah terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Senarai ini dikeluarkan oleh Sportskeeda yang menilai para pemain berdasarkan posisi, cara menjaringkan gol, kualiti penyudah dan teknik yang digunakan oleh para pemain.

5. Kylian Mbappe

Bersama Erling Haaland, Kylian Mbappe turut diangkat sebagai calon pengganti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi untuk mendominasi dunia bola sepak di masa hadapan.

Di usia 22 tahun, Mbappe sudah memenangi gelaran FIFA World Cup bersama skuad kebangsaan Perancis, dan turut memenangi gelaran Ligue 1 bersama dua pasukan berbeza (Monaco dan PSG).

Pemain kebangsaan Perancis itu memainkan peranan yang cukup penting dalam membantu membawa Paris Saint Germain ke aksi peringkat separuh akhir saingan Champions League musim lalu.

Mbappe berjaya menjaringkan lapan gol dalam kejohanan tersebut, termasuk mencatatkan hat-trick ketika beraksi bertemu Barcelona dan dua gol ketika menewaskan Bayern Munich.

Bintang berusia 22 tahun itu turut memulakan kempen saingan 2021/22 dengan sangat baik, beliau ketika ini sudah berjaya menjaringkan enam gol dan enam assists dari 12 penampilan dalam saingan Ligue 1.

Sejak beberapa musim terakhir ini, Mbappe telah berjaya menstabilkan dirinya sebagai salah seorang bakat terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Beliau merupakan pakar dalam situasi satu lawan satu dan turut sangat klinikal ketika melakukan serangan pantas.

Dari 250 penampilan dalam semua pertandingan sepanjang karier profesionalnya, Mbappe telah berjaya menjaringkan 169 gol dan turut mencatatkan 90 assists.

4. Erling Haaland

Bintang handalan Borussia Dortmund, Erling Haaland merupakan bakat semula jadi yang cukup dikagumi oleh semua pihak.

Beliau tidak boleh dinafikan lagi sememangnya antara pemain penyerang paling klinikal dan tajam dalam dunia bola sepak hari ini.

Haaland memiliki rekod jaringan yang sungguh luar biasa menakjubkan sepanjang karier remajanya. Beliau sangat dikenali dengan memiliki fizikal dan kepantasan yang sungguh menakjubkan.

Haaland pernah mencatatkan rekod kelajuan 36.04 km/h ketika beraksi dalam saingan Bundesliga baru-baru ini, dan ia sudah cukup untuk membuktikan bagaimana pantasnya pemain dari Norway itu.

Pemain berusia 21 tahun itu telah menunjukkan kematangan dalam aksi dan persembahan beliau di atad padang, dan turut memiliki ketenangan yang dasyat di hadapan gol lawan.

Selepas berjaya mencipta nama dalam dunia bola sepak bersama RB Salzburg, ramai yang meragui adakah beliau mampu kekalkan tahap konsistensi yang sama jika beraksi dalam lima liga utama di benua Eropah.

Sejak melengkapkan perpindahan menyertai Borussia Dortmund pada jendela perpindahan Januari tahun lalu, Haaland boleh secara puratanya beliau berjaya menjaringkan satu gol dari setiap penampilannya.

Dari 69 penampilan untuk Borussia Dortmund, pemain kebangsaan Norway itu berjaya menjaringkan 70 gol dan turut mencatatkan 19 assists.

Haaland berjaya menjaringkan lapan gol dari enam perlawanan pertamanya dalam saingan Champions League bersama RB Salzburg.

https://twitter.com/zizou_910/status/1458121737921572864?t=h6HUD6yiQLUgk-22Ko0qHw&s=19

Dari 18 penampilan dalam kejohanan tersebut setakat ini, pemain berusia 21 tahun itu telah berjaya menjaringkan 21 gol dan turut mencatatkan tiga assists.

3. Lionel Messi

Perpindahan Lionel Messi menyertai Paris Saint Germain pada musim panas lalu telah membangkitkan keterujaan para peminat dalam dunia bola sepak untuk melihat beliau beraksi bersama pasukan lain selain Barcelona.

Beliau pada ketika itu masih terbuai-buai dengan kejayaannya membantu skuad kebangsaan Argentina untuk memenangi gelaran Copa America.

Beliau memulakan perjalanan hidup baru di ibu kota Paris selepas meninggalkan Barcelona, kelab yang mana 21 tahun beliau menabur bakti di sana.

Barcelona pada ketika ini bergelut dengan masalah prestasi sepanjang musim 2021/22 dan ia dikatakan berpunca dari mereka kehilangan sentuhan Messi di atas padang.

Rekod jaringan Messi bersama Barcelona merupakan satu pencapaian yang sungguh luar biasa menakjubkan, namun beliau kini sedang mencari keserasian dalam saingan Ligue 1.

Bintang Argentina itu meninggalkan Nou Camp dengan rekod 672 gol dan 304 assists dari 800 penampilan dalam semua pertandingan bersama gergasi Catalan itu.

Kaki kiri Messi tidak boleh diragukan lagi sememangnya aset terhebat dalam sejarah dunia bola sepak, dengan beliau boleh dikatakan senantiasa akan meledak gol jika melepaskan rembatan menggunakan kaki kirinya itu.

Pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu boleh menggelecek pemain pertahanan lawan dengan kepantasan dan cara beliau mengawal bola dengan menggunakan kedua-dua belah kakinya.

Bahkan walau Barcelona tidak berprestasi pada musim 2020/21, Messi tetap berjaya untuk menjaringkan 38 gol dan mencatatkan 14 assists dalam semua pertandingan.

Pemain kebangsaan Argentina itu masih belum menemui rentak beliau ketika beraksi dalam saingan Ligue 1 bersama Paris Saint Germain, dengan beliau hanya mampu menjaringkan tiga gol sahaja untuk PSG pada ketika ini dalam saingan Champions League.

Walau bagaimanapun, Messi boleh dikatakan berjaya menjaringkan gol dari setiap penampilannya dalam saingan Champions League musim ini.

Dan beliau juga masih tajam serta mempamerkan aksi persembahan terbaik ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Argentina.

2. Mohamed Salah

Mengikut prestasi pada ketika ini, Mohamed Salah tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Musim 2021/22 merupakan musim gemilang untuk bintang Mesir itu, dengan beliau sudah berjaya menjaringkan 17 gol dan turut mencatatkan enam assists dari hanya 15 penampilan sahaja dalam semua pertandingan musim ini.

Salah pada musim ini telah menunjukkan peningkatan terhadap aksi dan prestasi beliau, terutama dari segi kualiti penyudaynya.

Beliau pada ketika ini merupakan pencabar utama Lionel Messi sebagai pemain berkaki kiri terhebat dalam dunia bola sepak.

Kemampuan beliau menjaringkan gol dari posisi sayap dan meledak gol menggunakan kekuatan kaki kirinya, Salah tidak diragukan lagi sememangnya bintang terhebat dunia pada ketika ini.

Salah secara puratanya beliau berjaya menjaringkan dua gol dari setiap perlawanan dalam saingan Champions League musim ini.

Dengan beliau berjaya meledak tujuh gol dari empat penampilan dalam aksi saingan peringkat kumpulan termasuk dua gol ketika bertemu Porto dan Atletico Madrid.

Beliau juga berjaya menjaringkan satu gol ketika aksi kemenangan 3-2 Liverpool menewaskan AC Milan ketika aksi perlawanan pembukaan saingan Champions League musim ini.

Pemain berusia 29 tahun itu pada ketika ini sedang berunding dengan Liverpool berkait tawaran lanjutan kontraknya, dengan persembahan mantap yang beliau tunjukkan pada ketika ini, menyukarkan pihak kelab untuk tolak permintaan beliau.

Seandainya kedua-dua pihak gagal untuk mendapatkan kata sepakat, jelas sekali begitu banyak kelab gergasi dalam dunia bola sepak yang menunggu peluang untuk mendapatkan khidmat bintang Mesir itu.

1. Cristiano Ronaldo

Walau di usia 36 tahun, Cristiano Ronaldo kekal menjadi salah seorang pemain penyerang paling klinikal dalam dunia bola sepak.

Secara puratanya, beliau berjaya menjaringkan satu gol dari semua perlawanan Manchester United sepanjang musim ini.

Pemain kebangsaan Portugal itu melakukan debut keduanya bersama Manchester United dengan penuh bergaya, dengan beliau berjaya menjaringkan dua gol ketika aksi bertemu Newcastle United di Old Trafford.

Ronaldo turut dikritik kerana menjadi punca mengapa para pemain Man Utd yang lain gagal untuk berpeluang untuk menjaringkan gol.

Beliau walau bagaimanapun berjaya menjaringkan sembilan gol dari 12 penampilan dalam semua pertandingan sepanjang musim ini.

Ronaldo terus menerus menunjukkan dominasi beliau dalam saingan Champions League pada musim ini dengan beliau berjaya menjaringkan gol dalam semua perlawanan di peringkat kumpulan.

Beliau jugalah punca mengapa Manchester United berada di kedudukan pertama dalam saingan peringkat kumpulan pada ketika ini.

Ronaldo berjaya menjaringkan gol di minit-minit akhir permainan ketika membantu Red Devils untuk mencatatkan keputusan seri bertemu Atalanta minggu lalu dan juga melakukan hal yang sama ketika membantu United menewaskan Villarreal sebelum itu.

Dari empat percubaan yang beliau lakukan ketika bertemu Atalanta, tiga darinya merupakan percubaan tepat, dan dua darinya berjaya disudahi dengan jaringan.

Itulah bukti nyata yang Ronaldo masih lagi seorang penyerang paling klinikal dalam dunia bola sepak hari ini, walau usianya sudah lanjut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN