Akhirnya, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memuktamadkan pengganti penyerang, Diogo Luis Santo iaitu seorang pemain kelahiran Argentina, Jonathan Herrera.
Mengikut kepada pengumuman oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest, selepas JDT mempertimbangkan beberapa calon pengganti, akhirnya mereka memilih Jonathan Herrera sebagai pengganti Diogo yang berhijrah semula ke Thai League 1.
Seperti yang semua sudah maklum, JDT menerusi pemiliknya, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau TMJ sebelum ini mengumumkan Camilo da Silva sebagai pengganti Diogo, namun perjanjian membawanya gagal dimetrai bersama.
We were looking at a few players to complete the squad and in the end, we decided on signing Jonathan Herrera as our foreign striker.
[1/2] pic.twitter.com/RU1XvlyUIW
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 18, 2021
Ayuh kita lihat beberapa perkara mengenai Jonathan Herrera, penyerang baharu JDT:
1. Pemain ke-7 ‘fresh’ dari benua Amerika Latin
JDT tidak akan lari daripada membawa masuk pemain dari benua Amerika Latin, khususnya Argentina. Namun, tidak semua daripada pemain-pemain itu datang terus dari sana kerana ada yang dibawa masuk selepas menyertai kelab di benua lain.
Menurut TMJ sebelum ini, ada DNA yang mereka mahu ketengahkan dan pemain-pemain dari benua itu mungkin sesuai dengan DNA yang mahu dibinanya . Adakah semua pemain dari benua Amerika Latin berjaya di JDT? Jawapannya, tidak semua.
Enam pemain yang dibawa terus dari benua itu adalah Jorge Pereyra Diaz, Patito Rodriguez, Juan Martin Lucero, Fernando Marquez, Brian Ferreira dan Fernando Elizari. Dan tentunya pembaca sudah boleh menamakan pemain yang berjaya di JDT.
Now that we know Jonathan Herrera has signed for @OfficialJohor from @SanLorenzo, making him the 13th 🇦🇷 footballer to play for the club; its a good time to unplug my article for @analyst_footy, looking at this unique intimacy in Malaysian football.https://t.co/DxeHgV8gdk pic.twitter.com/zazdY33Btp
— Sivan John 🇦🇷 ⭐⭐⭐ (@SivanJohn_) January 19, 2021
2. Beraksi profesional selepas lima tahun, di usia 23 tahun
Jonathan Herrera sudah mula bermain sejak berusia 18 tahun bersama kelab divisyen kelima Argentina, Centro Espanol pada musim 2009. Namun, beliau hanya beraksi secara profesional pada tahun kelimanya, ketika bersama Deportivo Riestra.
Ianya adalah pada musim 2014, semusim selepas JDT ditubuhkan oleh TMJ untuk bersaing di Liga Malaysia (Liga M). Beliau telah menyertai Deportivo Riestra yang bersaing di Primera D pada musim 2013/14 dan terus membantu kelab tersebut menjuarai liga tersebut dengan 26 gol daripada 33 perlawanan.
Sebelum itu, untuk empat musim beliau telah meledak 39 gol dalam 93 penampilan bersama Centro Espanol di Primera D. Setelah membantu Deportivo Riestra meraih tiket ke Primera C yang memberinya kontrak profesional yang pertama, beliau sekali lagi membantu mereka naik ke Primera B pada musim 2015.
3. Penjaring terbanyak dalam empat divisyen Liga Argentina
Menurut rekod, beliau merupakan pemain pertama di Argentina yang berjaya meledak gol dalam empat divisyen berbeza. Bermula dengan divisyen terbawah bersama Centro Espanol, beliau telah melangkah naik dari divisyen ke divisyen sehingga ke divisyen kedua, Primera B Nacional bersama Deportivo Riestra.
Jonathan Herrera, delantero de #Ferro, es el primer jugador en la historia del fútbol argentino en salir goleador en todas las categorías del #ascenso: https://t.co/k7GHOgmrsR pic.twitter.com/s4nVkIGIhz
— TyC Sports (@TyCSports) May 1, 2018
Pastinya beliau mengidam untuk menambah satu lagi koleksi peribadi di divisyen tertinggi, Primera Division, namun, segalanya terkubur selepas itu. Bercakap ketika dinobat selaku penjaring terbanyak Primera B Nacional, Jonathan Herrera dipetik berkata, “Bagi saya, ia sesuatu yang sangat memuaskan hati saya.”
“Saya tiada rahsia [meledak banyak gol], ia adalah usaha gigih yang dilakukan sepanjang musim ini. Sebagai contoh, bersama Riestra, saya terima latihan yang menakjubkan yang membantu saya memiliki fizikal sebegini dan daya tahan tinggi. Harus diingat, Riestra mengadakan latihan ketenteraan,” tambahnya.
4. Peledak terbanyak dalam sejarah Deportivo Riestra, lebih 100 gol
Jikalau Deportivo Riestra memiliki senarai lagenda pasukan, sudah tentu nama Jonathan Herrera tidak boleh ditinggalkan. Beliau telah bersama mereka daripada Primera D sehingga ke Primera B Nacional dan telah meledak lebih 100 gol.
Selain itu, beliau meledak lebih 100 gol itu dalam lebih 150 penampilan bersama mereka. Kelab yang berpengkalan di Buenos Aires itu wajar tidak melupakannya.
IMPLACABLE | Jonathan Herrera es el primer jugador de la historia en ser goleador de cuatro categorías distintas (#Riestra y #Ferro).
Temporada 2013/14 #PrimeraD
25 goles2014 – #PrimeraC
19 goles2015 – #BMetro
29 golesTemporada 17/18 – #BNacional
13 goles pic.twitter.com/ZWQzmyKTZt— Clubes Porteños (@ClubesPortenos) May 3, 2018
Ketika ditanyakan mengenai rekod jaringannya, beliau tidak sesekali mengangkat dirinya lebih hebat daripada pasukan dan terus merendah diri. Katanya, “Saya di sini bukanlah dengan agenda peribadi. Di sini, yang utama adalah pasukan ini dan mentaliti yang dibina kelab ini yang mengeratkan hubungan kami semua.”
5. Adakah beliau sesuai dengan falsafah JDT?
Tidak dapat dipastikan selagi kita tidak melihat kelibatnya beraksi. Apa yang TMJ mahukan daripada penyerangnya adalah sedikit sikap mementingkan diri sendiri. Ketika bercakap kepada JDT TV, TMJ berkata, “Di jentera hadapan, kami memerlukan seorang yang ‘individualistic’ dan kita ada Gonzalo Cabrera dan Diogo.”
Melihat jumlah gol yang dijaringkan berbanding jumlah penampilannya, beliau boleh dikatakan peledak berbisa terutamanya ketika bersama Deportivo Riestra. Adakah beliau akan cepat menyesuaikan diri dengan suasana bola sepak Malaysia?
Jika tidak, beliau mungkin akan menjadi flop terbaharu dalam senarai penyerang import yang dibawa masuk oleh JDT. Masih ingat Juan Martin Lucero? Beliau hampir menjadi flop sebelum mula memanaskan enjin dan ‘menjadi’ selepas enam perlawanan seterusnya muncul sebagai penjaring kedua terbanyak Liga Super.
KREDIT FEATURED IMAGE: Fernando Gens/telam/dpa
Baca lagi artikel lain mengenai JDT:
8 Pemain Dari Tanah Kelahiran Maradona Yang Pernah Menyarung Jersi JDT
Kurang Menyengat Di Saingan ACL Punca Diogo Dilepaskan JDT Ke Thailand Semula?
Penyerang Suwon Bluewings Anggap JDT Ada Lapan Pemain Import