PERHATIAN: Informasi Penjualan Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2017!

Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia pada petang tadi mengeluarkan satu infografik mengenai penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 yang akan berlangsung pada 4hb November depan bertempat di Stadium Shah Alam.

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2017, bakal menemukan pasukan Kedah FA dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT), selepas masing-masing menewaskan Felda United dan Perak FA di peringkat separuh akhir yang berlangsung pada Sabtu yang lalu.

Sumber: FMLLP, Facebook

Untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2017, setiap keping tiket untuk dewasa telah ditetapkan pada harga RM50.00. Manakala untuk kanak-kanak di antara usia 6 sehingga 12 tahun, harga tiket yang ditetapkan ialah RM5 untuk setiap keping.

Harga tiket yang ditetapkan adalah termasuk insuran dan juga bayaran GST.

Tiket perlawanan akan diagihkan sama rata di kalangan 2 pasukan yang bertanding dengan 30,000 tiket dewasa dan 750 tiket kanak-kanak akan diagihkan kepada setiap persatuan dan kelab yang bertanding.

Penyokong pasukan masing-masing boleh mulai mendapatkan tiket perlawanan di kaunter tiket Stadium Darul Aman, Alor Setar bagi penyokong Kedah FA, dan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin bagi penyokong kelab JDT.

Kredit: JOHOR Southern Tigers, Facebook.

Kaunter tiket dijadualkan akan mulai dibuka pada Rabu, 1 November 2017, dan tiket perlawanan akan mulai dijualkan kepada orang ramai mulai jam 9:00 pagi pada hari yang sama.

Bagi penyokong yang ingin mendapatkan tiket secara pembelian di atas talian, anda boleh melakukannya melalui pautan www.tickethotline.com.my. 

Hanya 10,000 tiket dewasa akan diperuntukkan untuk pembelian di atas talian dengan penyokong dari setiap pasukan akan diperuntukkan sebanyak 4,000 tiket sahaja. Kod kad pengenalan akan digunakan untuk tujuan pengesahan negeri masing-masing.

Kredit: Utusan Malaysia

Manakala baki 2000 tiket lagi akan dijual untuk penyokong-penyokong neutral serta mereka yang masih memiliki dan menyimpan tiket perlawanan Piala Malaysia 2017 peringkat suku akhir dan separuh akhir melibatkan pasukan masing-masing.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada mekanisma yang jelas untuk tujuan penebusan tiket perlawanan secara atas talian bagi mereka yang memiliki tiket perlawanan peringkat suku akhir dan separuh akhir.

Bagi kanak-kanak, hanya sejumlah 500 tiket perlawanan sahaja (dikongsi kedua-dua pasukan) yang akan dijual secara atas talian dan pembelian akan bermula pada 30 Oktober 2017, mulai jam 10:00 am di laman sesawang seperti di atas.

Bagi pembelian secara atas talian, setiap penyokong dibenarkan membeli sehingga 4 keping tiket untuk setiap transaksi.

Tidak ada maklumat khusus bagi pembelian tiket di kaunter, namun kami percaya ia akan dimaklumkan kemudian oleh kelab dan persatuan masing-masing.

Penebusan tiket secara atas talian boleh ditebus di 2 lokasi iaitu di Stadium Malawati, Shah Alam mulai 1hb sehingga 3hb November dari jam 10:00 pagi sehingga 6:00 petang.

Manakala pada hari perlawanan, anda boleh menebus tiket anda di kaunter tiket Kuadran C, Stadium Shah Alam mulai jam 10:00 pagi sehingga 6:00 petang.

Sumber: FMLLP, Facebook

Kami juga dimaklumkan bahawa anda boleh menjadi tetamu VIP FMLLP dengan mendapatkan pembelian set barangan eksklusif  VIP Merchandise Pack, beserta sekeping tiket VIP bagi setiap pembelian pada harga RM150 sahaja.

Bagi yang berminat, anda boleh melakukan pembelian secara online di laman sesawang yang sama seperti yang tertera di atas, dan pembelian sudah pun mulai dibuka sekarang.

Jadi anda tunggu apa lagi? Kongsikan maklumat di artikel ini dengan rakan anda agar mereka juga turut tidak terlepas peluang menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 yang semestinya akan berlangsung dengan ‘Hangat & Padu Beb!’

Nyatakan sorakan anda!

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN