6 Pasukan Termasuk Real Madrid Dan Selangor Buru Egy Maulana

Sebuah laman bolasepak Indonesia iaitu bolalob.com melaporkan bintang muda Indonesia yang juga merupakan penyerang skuad Indonesia U19, Egy Maulana Vikri telah menerima tawaran lumayan daripada 5 buah kelab eropah dan salah sebuah pasukan Liga Super iaitu Selangor FA.

Menurut laman tersebut, hal ini disahkan oleh bapanya sendiri, Subagja Suihan. Subagja berkata, pihak Gergasi Merah sudah pun menghubunginya dan bertanya tentang kemungkinan untuk membawa Egy beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

(KOMPAS.com/GARRY ANDREW LOTULUNG)

“Wakil dari Selangor yang hubungi saya secara langsung. Mereka menawarkan kontrak bernilai 2 billion rupiah untuk satu musim. Tetapi saya pilih untuk pertimbangkan dahulu tawaran itu,” katanya

“Bulan November barulah kami akan memuktamadkan keputusannya. Yang pasti, kami akan buat keputusan yang terbaik untuk masa hadapan Egy,” jelasnya.

Pasukan Selangor sebenarnya tidak asing bagi pemain Indonesia. Beberapa pemain Indonesia pernah bermain untuk pasukan Selangor seperti Bambang Pamungkas, Ellie Aiboy dan terkini Andik Vermansyah.

Selain Selangor, Egy dikatakan turut menerima tawaran daripada 5 buah kelab eropah untuk mendapatkan khidmatnya. Antara pasukan itu ialah Real Madrid, Sporting Lisbon CP, Espanyol, Getafe dan Benfica.

Jurulatih skuad Indonesia U19, Indra Sjafri telah mengesahkan anak muda kelahiran Medan, Indonesia itu telah mendapat peluang untuk mengembangkan karier di luar Indonesia.

“Dia ada dapat tawaran besar untuk menyertai kelab di eropah tetapi saya tidak boleh ulas dengan lebih lanjut,” katanya kepada Jakarta Globe.

“Saya lebih suka beliau bermain di luar negara daripada menyertai kelab Indonesia. Dia akan jadi inspirasi kepada pemain muda yang lain ”

Bapa Egy, Subagja Suihan turut mengesahkan anaknya ada menerima tawaran dari kelab eropah.

“Sudah ada tiga kelab yang menawarkan trial buat Egy, yakni Getafe, Espanyol, dan Real Madrid. Jadi, selepas beraksi dalam kelayakan Piala AFC U-19 di Korea, Egy akan berlatih di Sepanyol,” kata Subagja, seperti dikutip Kompas.com dari Tabloid Bola.

“Selepas itu, dia akan kembali ke Indonesia untuk menyelesaikan urusan pembelajaran di Ragunan dan kemudian kembali berlatih selama dua tahun di eropah.

“Semua pasukan yang berminat sama ada dari Sepanyol atau Portugal, sekiranya tawaran itu bagus untuk Egy, saya selaku bapanya terima sahaja. Semuanya bergantung pada keputusan Egy,” jelas Subagja.

Egy memulakan karier bola sepaknya di usia muda ketika di Sekolah Sukan Tasbi Medan. Bakat beliau telah memikat beberapa scout ketika bermain untuk SSB Tasbi Medan dalam kejohanan Bola Sepak Indonesia bawah 12 tahun pada tahun 2012.

Nama Egy mula menjadi sebutan peminat bolasepak dari Asia Tenggara apabila menampilkan permainan yang memukau ketika beraksi dengan skuad Indonesia U19 dalam Kejohanan AFF U19 di Myanmar.

Aksi cemerlang itu telah menarik minat beberapa scout dari pasukan luar termasuk kelab dari Malaysia. Ketika ini beliau sedang membuat persiapan bersama skuad kebangsaan Indonesia U19 bagi menghadapi Kelayakan AFC U19 di Korea Selatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN