Indonesia kini enggan terus menoleh ke belakang lagi dalam misi mereka menjadi salah satu kuasa besar bola sepak di Asia Tenggara menerusi pelbagai pelan baharu sedang dirancang.
Episod kejayaan mereka menewaskan Curacao sebanyak dua kali pada aksi persahabatan lalu jelas menaikkan moral pasukan tersebut untuk terus melakar kejayaan di pentas antarabangsa pada masa akan datang.
📸 Potret Timnas Indonesia saat taklukkan Curacao pada FIFA Match Day di Stadion Pakansari, Bogor.✊🏼🇮🇩
Bagaimana opini kamu, sobat Garuda? 👀#KitaGaruda #MeraihImpian pic.twitter.com/FuuNN8nOsc
— PSSI (@PSSI) September 28, 2022
Terbaharu, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) membuat perancangan untuk mengadakan aksi persahabatan menentang negara dalam lingkungan 60 terbaik dunia setelah merasa yakin ketika menewaskan Curacao.
Untuk rekod pada dua pertemuan menentang Curacao sebelum itu, Indonesia selaku tuan rumah berjaya menewaskan pelawat dengan keputusan 3-2 pada aksi pertama sebelum sekali lagi cemerlang dengan membenam cabaran lawan menerusi keputusan 2-1.
Pada awalnya, Ketua Umum PSSI iaitu Mochamad Iriawan meletakkan sasaran agar mendapatkan lawan yang berada di ranking 50 terbaik dunia untuk diuji oleh Indonesia.
Namun selepas itu, beliau menurunkan sedikit kriteria ranking negara lawan dengan mencari dalam lingkungan 60 terbaik dunia yang dianggap lebih realistik.
Iriawan menganggap kemenangan Indonesia sebelum itu ketika mengatasi dua kali cabaran Curacao sebagai sesuatu yang sangat hebat.
Ini kerana kedua negara tersebut dibezakan dengan kedudukan ranking yang sangat jauh dan mereka berjaya menewaskan lawan dengan corak permainan lebih menyakinkan di hadapan para penyokong Garuda.
Ranking pasukan lawan iaitu Curacao ketika itu ialah di kedudukan ke-84 dunia dan Indonesia pula berada di tangga ke-155.
Bukan 50, PSSI incar tim ranking 60 besar FIFA untuk lawan Indonesia berikutnya.https://t.co/Dr0tqZIcZK
— BOLA.COM (@bolacomID) September 29, 2022
Hasil kejayaan itu membuatkan skuad kendalian Shin Tae-yong memungut banyak mata untuk mengubah kedudukan mereka berada di tempat lebih baik lagi selepas ini.
“Untuk perlawanan seterusnya ini, selepas beberapa perbincangan dibuat rasanya kami akan memilih lawan dengan ranking lebih tinggi daripada Curacao.
“Permintaan saya adalah berdepan negara yang berada di ranking lingkungan 60 terbaik dunia, namun apapun saya tetap serahkan kepada Pengarah Teknikal PSSI iaitu Indra Sjafri serta barisan kejurulatihan negara,” jelas iriawan menerusi Bola.com.
Untuk rekod, negara yang berada di kedudukan ke-60 dunia ketika ini ialah Ghana dan pasukan tersebut mencatat kemenangan 1-0 baru-baru ini ketika menewaskan Nicaragua.