JDT Nafi Cuba ‘Pancing’ Bintang SUKMA Terengganu

Kelab Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menafikan yang pihak mereka dalam misi untuk mendapatkan penyerang muda Terengganu iaitu Muslihuddin Atiq.

Atiq yang merupakan nadi kepada skuad bola sepak lelaki SUKMA Terengganu mencuri tumpuan ramai apabila persembahan cemerlangnya memberikan pingat emas buat negeri itu dalam acara tersebut.

Lalu, timbul spekulasi yang menyatakan pemain itu mula dipancing oleh JDT sebagai salah satu persediaan untuk musim hadapan.

Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards dalam kenyataan menafikan tindakan Harimau Selatan untuk mendapatkan Atiq.

Menurut Edwards, JDT memang dalam proses untuk dapatkan seorang pemain tempatan tetapi orang itu bukanlah Atiq.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin menjelaskan bahawa tiada tawaran telah dibuat kepada pemain Terengganu FC II, Muslihuddin Atiq Mat Zaid.

“JDT sedang dalam perbincangan dengan beberapa pemain luar negara dan berkemungkinan akan menandatangani seorang pemain tempatan, tetapi pemain tersebut bukanlah Atiq,” jelas Edwards.

Dalam masa yang sama JDT, turut menzahirkan rasa terkejut apabila mereka dikaitkan dengan khabar angin ini.

Edwards berkata, pihaknya tidak ada melakukan sebarang tawaran kepada Atiq untuk menyertai JDT.

Malah, persoalan turut diberikan mengenai daripada mana Atiq memperoleh tawaran untuk menyertai Harimau Selatan itu.

Atiq merupakan antara prospek penyerang muda yang cukup baik dihasilkan Terengganu.

Beliau sudah menjadi perhatian terutamanya daripada penyokong Terengganu untuk beberapa ketika dan persembahan cemerlang beliau di SUKMA 2022 baru-baru ini telah mengangkat namanya.

Terengganu menewaskan Pulau Pinang untuk memperoleh pingat emas dalam acara bola sepak lelaki SUKMA 2022.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN