“Latihan dan Permainan Sebenar Adalah Berbeza”- Sumareh Diberi Nasihat Tukar Pasukan Baharu

Menerusi aksi yang sangat longlai ditampilkan oleh Mohamadou Sumareh baru-baru ini bersama skuad kebangsaan, nama beliau mula menjadi mangsa kritikan baharu dalam kalangan pemerhati bola sepak tempatan.

Sebelum ini, nama pemain naturalisasi iaitu Guilherme de Paula telah menerima kecaman yang agak hebat pada aksi kelayakan Piala Asia 2023, apabila pemain tersebut gagal memberi impak sepatutnya untuk Harimau Malaya.

Kini, Sumareh dilihat menerima nasib yang sama juga kerana dua penampilan beliau dalam saingan King’s Cup baru-baru ini jelas menghampakan para penyokong skuad negara.

Salah seorang pemerhati bola sepak tempatan iaitu Mohd Sadek Mustaffa telah memberi saranan kepada penyerang tersebut supaya berpindah ke pasukan baharu musim hadapan jika mahu menaikkan kembali karier dalam sukan tersebut.

Jelas beliau, apa diperlukan Sumareh ketika ini ialah untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan supaya pemain tersebut boleh mendapatkan kembali tahap keyakinan sebenar serta menaikkan prestasi seperti sebelum ini.

Walaupun begitu, Sadek tetap menyerahkan segalanya buat pemain itu sendiri untuk menentukan masa depan kariernya selaku pemain bola sepak profesional.

“Perkara ini bergantung kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) juga kerana kalau mereka mahu terus menjadi juara, sudah pasti mereka akan terus menyimpan Sumareh. Ini (perpindahan) pun bergantung kepada Sumareh sama ada dia mahu bermain di pasukan lain ataupun tidak.

“Cuma kalau Sumareh lihat pada kerjaya dan dia rasa perlu mencari semula kebolehan, kemampuan dan auranya, dia boleh keluar daripada JDT bagi mendapatkan lebih banyak minit permainan.

“Jadi dengan ini, dia akan mendapat semula prestasi seperti yang diharapkan apabla beraksi bersama skuad kebangsaan,” katanya kepada Berita Harian.

Pada masa sama, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam itu menganggap latihan berintensiti tinggi yang dijalani oleh Sumareh bersama JDT tidak boleh jadi kayu pengukur buat aksi sebenar dalam perlawanan rasmi.

“Latihan adalah berlainan dengan permainan sebenar kerana ini dua dunia yang berbeza. Dari segi aspek prestasi dan persembahan ketika latihan, dia akan ‘burn out’ kerana tiada keghairahan disebakan kurang diberi peluang untuk bermain.

“Persembahan sebenar pemain tidak boleh diukur pada sesi latihan. Apabila kurang minit perlawanan, dia akan merasai tekanan pada aksi sebenar dan apabila gagal melaksanakan tugasnya dengan baik, dia akan kecewa sekali gus bertindak luar emosi.

“Ini sebenarnya yang berlaku ketika aksi final Piala Raja Thailand yang lalu,” katanya.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN