Iker Casillas Optimis Eder Militao Akan Berjaya Di Real Madrid

Militao

Seperti yang diketahui umum, Zinedine Zidane telah menjalankan kerja dengan begitu pantas sebaik sahaja kembali membimbing Real Madrid apabila merekrut pertahanan tengah FC Porto, Eder Gabriel Militao.

Pemain berusia 21 tahun yang bernilai €50 juta itu secara rasminya akan menyertai Los Blancos pada 1 Julai nanti.

Pemergian Militao dari Estadio Do Dragao ke Santiago Bernabeu turut mendapat pujian rakan sepasukannya yang juga merupakan antara legenda di Real Madrid iaitu Iker Casillas.

Casillas tanpa berselindung menyifatkan langkah Zidane membawa masuk Militao bakal menjadikan ia sebagai pembelian yang hebat buat Real Madrid.

Walaupun Militao hanya menyertai Porto pada Ogos tahun lalu, Casillas tidak ragu-ragu pemain kelahiran Brazil itu akan berjaya di Madrid.

GELSENKIRCHEN, GERMANY – SEPTEMBER 18: Iker Casillas of FC Porto saves the ball of Guido Burgstaller of FC Schalke 04 during the Group D match of the UEFA Champions League between FC Schalke 04 and FC Porto at Veltins-Arena on September 18, 2018 in Gelsenkirchen, Germany. (Photo by Maja Hitij/Bongarts/Getty Images)

”Ia merupakan pengurusan hebat oleh Real Madrid (membawa masuk Militao).”

”Mereka mengambil pemain yang cukup baik dengan masa depan yang besar. Saya yakin dia akan berjaya di Real Madrid.”

Namun begitu, menurut sumber Goal, Casillas meminta agar para penyokong Real Madrid dapat bersabar sekaligus memberikan peluang buat Militao untuk menyesuaikan diri dengan liga baharu.

”Porto memperjudikan nasibnya ketika dia masih begitu muda dan dia menunjukkan personaliti yang cukup besar.”

”Dia sangat mulia dan mahu melakukan perkara dengan cara yang betul. Saya hanya sedikit risau bagi dia menyesuaikan diri kerana di Sepanyol, ia berbeza.”

‘”Saya selalu mengatakan kepadanya apabila dia tiba di Madrid, dia akan memahami apa yang dimaksudkan.”

Leave a Reply