Conor McGregor Dedahkan Alasan Kenapa Beliau Menjadikan Manchester United Sebagai Pasukan Kegemaran

McGregor

Bintang gabungan seni mempertahankan diri (MMA) Conor McGregor memberikan alasan mengapa beliau memilih kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Manchester United sebagai pasukan kegemarannya.

Sebelum ini McGregor pernah mendedahkan bahawa beliau adalah penyokong setia Red Devils selepas memuat naik satu petikan memberikan sokongan keatas Ole Gunnar Solskjær di akaun Twitter miliknya.

Selain itu, turut tersebar gambar McGregor menyarung jersi Red Devils sambil memeluk rakannya ketika beliau berusia 8 tahun.

Bercakap menerusi The Mirror, McGregor berkata, “Manchester United adalah pasukan pilihan saya.”

“Beberapa hari lalu saya menemukan foto lama saya dengan memakai jersi United.” 

Kenapa Manchester United

Menjawab persoalan peminat, apakah sebab yang mendorong beliau memilih Manchester United ?, McGregor berkata ketika beliau sedang membesar, Manchester United sedang berada di era kegemilangan sekitar tahun 1998. 

Hal itulah mendorongnya memilih Manchester United sebagai pasukan kegemaran.

BARCELONA, SPAIN – MAY 26: CHAMPIONS LEAGUE 98/99 FINALE, Barcelona/ESP; MANCHESTER UNITED – FC BAYERN MUENCHEN 2:1; MANNSCHAFTS (Photo by Marcus Brandt/Bongarts/Getty Images)

“Saya menjadi penyokong (Man. United) kerana kejayaan dan kehebatan kelab dan orang-orang yang ada di United,” kata McGregor.

“Pemain legenda dari Ireland seperti Denis Irwin dan Roy Keane mendedikasikan segalanya untuk United dan punya kekuatan seorang bergelar juara.

Kemudian mereka memiliki seorang pemimpin bola sepak seperti Sir Alex Ferguson yang merupakan seorang legenda,” sambung McGregor.

Kekalkan Solksjaer 

Sebagai seorang penyokong, Conor McGregor tentu sahaja mempunyai sebuah harapan besar bagi Manchester United. McGregor ingin posisi pengurus tetap United musim depan kekal dipegang oleh Ole Gunnar Solksjaer.

LONDON, ENGLAND – MARCH 10: Ole Gunnar Solskjaer, Interim Manager of Manchester United acknowledges the fans following the Premier League match between Arsenal FC and Manchester United at Emirates Stadium on March 10, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Melihat dengan prestasi semasa pasukan dibawah bimbingan Solksjaer, ia jelas telah membuka sinar dan mengembalikan semula kepercayaan peminat terhadap pasukan.

“Solksjaer adalah individu yang istimewa! Saya rasa dia telah melakukan kerja yang hebat bersama United. Mereka harus memberikan posisi itu secara tetap kepadanya.”

“Anda boleh merasakan kebanggaan dan semangat dari kelab dan sejarahnya. Anda juga boleh melihat pemain bangga dengan memakai jersi Manchester United sejak di bawah Solksjaer. Dia membuat pemain tampil dengan sangat bagus,” jelas McGregor.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN