Mauricio Pochettino: Barcelona Selangkah Dihadapan, Mereka Lebih Kuat Berbanding Manchester United

Pochettino

Pengendali Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino berkata Manchester United bakal berdepan misi sukar apabila kelab itu diundi bertemu Barcelona pada peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Mengulas mengenai keputusan undian tersebut, Pochettino tanpa berselindung me­ngakui Barcelona memiliki kelebihan berbanding Man. United pada pertembungan itu nanti.

Pochettino merasakan United perlu berkerja lebih keras untuk memastikan mereka berjaya mengatasi kekuatan yang dimiliki Barcelona pada ketika ini. 

Barcelona lebih hebat

Pochettino membuat perbandingan antara kedua-dua pasukan itu dan beliau memilih Barcelona sebagai calon pemenang.

Menurutnya, Barcelona lebih hebat dan sukar untuk dikalahkan walaupun sedar yang pada ketika ini United sedang menunjukkan peningkatan prestasi dibawah pengendali sementara Oleh Gunnar Solskjaer.

LONDON, ENGLAND – OCTOBER 03: Lionel Messi of Barcelona celebrates after scoring his team’s third goal during the Group B match of the UEFA Champions League between Tottenham Hotspur and FC Barcelona at Wembley Stadium on October 3, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

“Jika hanya ada satu pasukan pilihan untuk memenangi Liga Juara-Juara, ia pastinya Barcelona. (Ernesto) Valverde melakukan tugas dengan baik. Mereka mempunyai pemain-pemain di tahap luar biasa dan kemudian mereka juga mempunyai Lionel Messi,” kata Pochettino.

“Saya rasa skuad Manchester United yang dibentuk sejak beberapa tahun lalu mampu memenangi kejohanan besar, tetapi Barcelona berada satu langkah di depan mereka.”

Kejutan

Bagaimanapun, Pochettino akui beraksi di pentas tertinggi Liga Juara-Juara Eropah adalah sesuatu perkara yang tidak dapat diramal dan ia boleh memberi kejutan.

Bercakap mengenai Spurs, beliau meletakkan keyakinan tinggi keatas para pemain meskipun mereka perlu berdepan tentangan sengit dari Manchester City yang juga merupakan pasukan pilihan merangkul kejuaraan.

LONDON, ENGLAND – OCTOBER 29: Mauricio Pochettino, Manager of Tottenham Hotspur gives his team instructions during the Premier League match between Tottenham Hotspur and Manchester City at Wembley Stadium on October 29, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

Pochettino berharap beraksi dihadapan penyokong sendiri dapat memberi semangat dan tuah buat pasukannya dalam perlawanan itu nanti.

“Jelas sekali Manchester City adalah pasukan yang dibentuk untuk menang dan mereka wajib menang.

“Kami akan cuba untuk menyaingi mereka. Kami sedar dalam kejohanan singkat kecergasan pasukan amat penting. Kami mempunyai kelebihan stadium baharu yang mampu memuatkan 62,000 penonton. Ia akan memberikan tenaga luar biasa,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN