Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengesahkan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal menarik diri dari senarai pelatih yang dipanggil untuk menjalani latihan pusat bagi persiapan aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, dan bukan digugurkan seperti yang disangka ramai pihak.
Ifwat dikhabarkan menarik diri pada saat akhir kerana faktor masalah keluarga.
Semalam Tan Cheng Hoe terpaksa memanggil penjaga gol JDT, Haziq Nadzli untuk menyertai kem latihan pusat. Pengumuman tersebut menimbulkan tanda yanya sama ada Ifwat digugurkan akibat prestasi kurang meyakinkan terutama di separuh akhir dan perlawanan akhir Piala Malaysia yang lalu.
Haziq Nadzli Tersenarai Ke Skuad Harimau Malaya
Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah memanggil penjaga gol Johor…
Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Sunday, November 3, 2019
Bercakap kepada pemberita semalam, Tan Cheng Hoe berkata kekalahan Kedah baru-baru ini bukan kerana kesilapan indivdiu semata-tama, tetapi membabitkan kerja berpasukan.
“Kami menghormati keputusan Ifwat yang mahu menarik diri atas faktor keluarga seterusnya saya ambil keputusan untuk menggantikannya dengan penjaga gol Johor Darul Ta’zim(JDT) Haziq Nadzli.
Ifwat Akmal menarik diri dari skuad kebangsaan atas alasan peribadi, bukan digugurkan dengan sengaja oleh TCH. Oleh itu TCH perlu mencari pengganti dan Haziq Nadzli menjadi pilihan beliau.
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 5, 2019
“Setakat ini, saya lihat Ifwat dan dalam bola sepak bukan hanya individu menentukan kejayaan pasukan semata-mata. Saya bukan katakan Kedah tidak bagus cuma jangan menghukum individu atas kekalahan pasukan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM), di sini, semalam.
Mengenai status Haziq yang turut berada di dalam senarai skuad Bawah-22 Tahun untuk cabaran pasukan negara di Sukan SEA Filipina, Cheng Hoe berkata beliau sentiasa berbincang perkara tersebut bersama Datuk Ong Kim Swee bagi mengelakkan masalah lain yang mungkin akan timbul.