Ifedayo Tak Diturunkan Kerana Cedera, Bukan Sebab Status Pemain Pinjaman

Ifedayo Olusegun

Belum lagi reda mengenai isu pemain Melaka United, Ifedayo Olusegun, pihak kelab sekali lagi tampil menjelaskan kekeliruan yang melanda.

Sebelum ini, Pemilik Melaka United, Datuk Wira Justin Lim berkata yang penyerang import tu sememangnya pemain yang mempunyai kontrak penuh bersama-sama mereka.

Beliau menegaskan yang Ifedayo bukanlah pemain yang dipinjamkan dari lawan mereka pada malam ini iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sebaliknya, Fadhli Shas dan Syazwan Andik merupakan dua pemain yang dipinjamkan dari JDT.

Ifedayo Tidak Dapat Beraksi Menentang JDT Kerana Status Pinjaman?

Ifedayo cedera

Bagi memastikan segala kekeliruan hilang, jurulatih Melaka iaitu Asri Ninggal mendedahkan kedudukan sebenar Ifedayo.

Menurut beliau, bekas pemain Selangor itu sebenarnya mengalami kecederaan dan tidak akan diturunkan menentang JDT pada malam ini.

Ianya sekali gus menutup spekulasi yang sebenarnya pemain itu tidak diturunkan kerana status pemain pinjaman dari JDT yang tidak membolehkan Ifedayo menentang kelab asalnya.

Isu Ifedayo Pinjaman Dari JDT, Melaka United Pertimbang Tindakan Undang-Undang

Asri turut menyatakan yang terdapat perbezaan antara Ifedayo, Syazwan dan Fadhli dari segi status pemain.

Hanya Syazwan dan Fadhli sahaja pemain pinjaman tetapi Ifedayo merupakan pemain kontrak penuh Melaka.

“Kenyataan saya menyatakan hanya dua pemain iaitu Fadhli Shas dan Syazwan Andik yang tidak dapat diturunkan pada perlawanan Liga Super Malaysia 2022 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu ini adalah di atas faktor pinjaman daripada kelab berkenaan.

“Sebaliknya Ifedayo pula tidak dapat diturunkan pada perlawanan berkenaan atas faktor kecederaan ‘hamstring’ yang dialaminya ketika sesi latihan pasukan,” kata Asri dalam kenyataan yang dikeluarkan Melaka.

Sebelum ini, kekeliruan timbul selepas kenyataan Asri disalah erti apabila beliau mengatakan yang Ifedayo tidak dapat diturunkan kerana statusnya sebagai pemain pinjaman dari JDT.

Selain itu, Asri turut mendedahkan beberapa pemain lain turut tidak akan diturunkan kerana kecederaan.

Antaranya adalah Emmanuel Oti dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria. Selain itu, Fakhrullah Rosli dan Norazlan Razali juga terpaksa disisihkan kerana mempunyai urusan peribadi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN