Nafuzi Zain Harap Pemain Bersungguh-Sungguh Untuk Catat Kemenangan Kembali Buat Terengganu

Setelah mempamerkan aksi agak hambar pada perlawanan lalu dalam saingan Loga Super ketika menentang Negeri Sembilan, kini Terengganu perlu mencari kembali kemenangan mereka untuk mengutip tiga mata penuh.

Terdahulu, Terengganu sekadar terikat seri 1-1 dalam aksi di laman sendiri sewaktu menentang skuad kendalian K. Devan walaupun tampil dengan dua tonggak serangan berbisa Kpah Sherman dan Tchetche Kipre.

Menurut Nafuzi Zain selaku pengendali Terengganu, beliau berharap agar para pemain lebih fokus dalam aksi menentang Sri Pahang di laman sendiri serta tidak mengambil mudah cabaran lawan.

Nafuzi juga berkata aksi di laman sendiri ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin supaya mereka tidak lagi dihambat rasa kecewa seperti perlawanan lalu.

“Selepas keputusan seri dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) Rabu lepas, saya harap pemain berusaha bersunguh-sunguh mengutip tiga mata penuh di tempat sendiri. Perlu kumpul mata sebanyak mungkin untuk kekal di kedudukan selesa Liga Super,” katanya yang ditemui pada sesi latihan di Gong Badak, semalam menerusi Bernama.

Untuk rekod, Terengganu kini memperoleh 10 mata untuk berada di kedudukan ketujuh belakang Selangor daripada tujuh perlawanan telah dihadapi.

Dalam masa sama, Nafuzi juga mengingatkan para pemain agar sentiasa berwaspada dengan ancaman lawan dan memberi fokus sepenuh sepanjang perlawanan.

Berdasarkan pemerhatian beliau, jelas Sri Pahang pastinya ingin mencipta kebangkitan tersendiri setelah sebelum itu mereka mencatat keputusan tewas di tangan Sabah dan Negeri Sembilan.

“TFC dan Sri Pahang FC sama-sama dahagakan kemenangan. Masing-masing akan cuba memberi persembahan terbaik bagi mendapatkan mata.

“Saya akui kehadiran tiga pemain import baharu Sri Pahang FC pastinya menyukarkan tugas kita, namun pemain kita juga ada peranan dan kekuatan tersendiri,” katanya yang fokus memperbaiki kelemahan di bahagian serangan.

Musim ini Terengganu dilihat sedikit bergelut dari segi prestasi permainan dan menghadapi ketumpulan di jentera serangan.

Pada perlawanan lalu sewaktu menentang Negeri Sembilan, skuad kendalian Nafuzi ini melepaskan banyak deretan peluang untuk menjaringkan gol dan perkara tersebut menghadirkan rasa risau dalam kalangan penyokong.

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN