Iceland Sedia Lakar Kejutan Di Piala Dunia 2018

Pasukan Iceland mungkin negara terkecil layak ke pusingan akhir Piala Dunia tetapi dengan mentaliti Viking, ia bermakna mereka tidak gentar sesiapa pun termasuk Argentina, Nigeria dan Croatia di Russia, kata penjaga gol, Runar Alex Runarsson.

Ketika Iceland mencipta kisah dongeng di Euro 2016 Perancis, Runarsson adalah antara seorang peminat di belakang pasukan yang mengambil bahagian dalam tepukan terkenal ‘thunderclap’.

Begitupun pada musim panas ini, dia akan berada di kerusi tempat duduk pemain sebagai penjaga gol gantian.

“Sudah pasti, mentaliti kami adalah perkara paling besar yang miliki, kami tidak takutkan sesiapa,” kata pemain berusia 23 tahun itu.

“Ia banyak bergantung pada perlawanan pertama menentang Argentina dan bagaimana prestasi kami di sana, tetapi jika kami memperoleh mata atau menang, jadi segala-galanya tidak mustahil buat kami.”

Runarsson yang bermain bersama kelab FC Nordsjaelland di Denmark adalah pengganti kepada penjaga gol utama, Hannes Haldorsson dan menjadi antara seorang muka baharu dalam skuad berkenaan.

“Ia pasti akan menjadi amat sukar tetapi kami menunjukkan di Perancis yang kami boleh menewaskan sesiapa saja, kami boleh menewaskan mana-mana pasukan, kami boleh bersaing dengan mereka. Itulah yang kami akan lakukan.”

Mempunyai kurang 340,000 penduduk, pelaburan jangka panjang Iceland terhadap kemudahan serta jurulatih akhirnya membuahkan hasil apabila negara penantian panjang mereka ke Piala Dunia berakhir.

Iceland mencipta sejarah tersendiri mara ke Piala Dunia 2018

Dan Runarsson, di mana bapanya juga bermain untuk skuad kebangsaan adalah antara seorang daripadanya.

“Gaya permainan kami cukup jelas. Kami tidak akan memperoleh banyak peluang kerana kami tidak akan mempunyainya. Begitupun apabila pasukan lain melakukan kesilapan, kami akan mengambil peluang itu.

“Setiap kali saya turun ke padang, saya akan menjadi Viking dan saya akan memberikan segala-galanya,” kata Runarsson yang menjangkakan Iceland akan terus bermain dengan corak keras, fizikal yang membawa mereka ke Russia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN