Roman Abramovich Tak Mahu Jual Chelsea

Beberapa media melaporkan yang Roman Abramovich sudah tidak komited ke atas Chelsea seperti sebelum ini. Abramovich agak pasif dalam pra musim kali ini.

Beliau masih belum memberikan kenyataan isu pengurus pasukan yang terus menjadi persoalan, sama ada Conte akan kekal di Chelsea ataupun tidak.

Chelsea dilihat masih belum aktif dalam bursa perpindahan pemain, tidak seperti mereka sebelum ini.

Namun hal itu dinafikan oleh beliau. Abramovich masih sibuk dengan beberapa urusan melibatkan visa beliau.

Beliau baru sahaja menyelesaikan isu kewarganegaraan beliau untuk menjadi penduduk Israel atas peraturan khas darah Yahudi dalam susur galur keluarga beliau.

Sky Sports melaporkan jutawan Israel itu tidak berminat untuk menjual kelab itu kepada mana-mana pembida.

Abramovich juga dikatakan baru sahaja menolak bidaan daripada usahawan British, Jim Ratcliffe yang mahu menjadi pemilik Chelsea yang baru.

Beliau juga menyatakan yang beliau masih komited sepenuhnya ke atas Chelsea walaupun pelan pembinaan semula Stamford Bridge ditangguhkan.

Bekas ahli lembaga Chelsea, Christian Purslow menjelaskan, Abramovich terpaksa menangguhkan pelan pembangunan semula Stamford Bridge kerana isu visa.

Abramovich yang kini pemegang kerakyatan Israel hanya boleh berada di Britain selama 6 bulan setahun. Beliau perlu memohon permit kerja untuk meneruskan perniagaan beliau di England.

Jadi masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan beliau sebelum fokus semula kepada Chelsea.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN