Ianis Hagi Sertai Rangers Secara Tetap

Pemain muda Romania, Ianis Hagi telah telah Rangers secara tetap selepas kelab Scotland itu bersetuju untuk membelinya dari KRC Genk dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan.

Anak kepada legenda Barcelona dan Real Madrid, Gheorghe Hagi itu telah menjaringkan tiga gol dalam 12 perlawanan sejak tiba di Ibrox secara pinjaman pada Januari lalu.

“Sejak tiba di sana [secara pinjaman], hasrat saya adalah untuk terus kekal di Glasgow dan terus bermain untuk Rangers,” katanya kepada BBC.

“Saya teruja untuk kembali menyertai pasukan untuk persiapan pra-musim dan menyarung kembali jersi yang cukup terkenal itu sekali lagi.”

Pengarah Sukan Rangers, Ross Wilson berterima kasih kepada kelab Belgium, Genk yang menaikkan karier Hagi dengan mendapatkannya dari kelab Romania, Viitorul Constanta pada musim panas lepas dan memudahkan urusan perpindahannya ke Ibrox.

“Kami bekerjasama dengan baik bersama Genk untuk mencari penyelesaian yang memberi keuntungan kepada semua pihak, memandangkan dunia hari ini telah banyak berubah sejak beberapa bulan lalu.

“Kami yakin ‘pelaburan’ kepada Hagi akan memberikan hasil yang positif pada masa akan datang dengan kemampuan dan impak yang diberikannya sebelum ini sekalipun baru berusia 21 tahun.”

Hagi berjaya mempamerkan aksi luar biasa dan cukup meyakinkan sepanjang tempoh pinjamannya di Rangers sebelum semua aksi bola sepak ditangguhkan bermula pertengahan Mac. Perancang tengah yang sudah pun mengumpul 10 kaps bersama pasukan negaranya.

Pengurus Rangers, Steven Gerrard mengalu-alukan penyertaan Hagi secara tetap ke dalam pasukannya dan percaya pemain itu boleh terus berkembang dengan melalui proses pembelajaran dan pembangunan yang baik

https://twitter.com/iRangersApp/status/1265600693802618886?s=20

“Saya dapat membentuk hubungan dan persefahaman dengan Ianis dalam masa yang singkat. Dia seorang yang mudah untuk dilatih dan bersedia untuk mempelajari perkara-perkara baharu setiap kali sesi latihan.

“Dia sudah pun mempunyai pengalaman dan merasai tekanan bermain di Ibrox, jadi saya rasa dia sudah tentu lebih bersedia untuk musim depan.”

Liga Scotland telah pun ditamatkan dan Celtic diumum sebagai juara pada musim ini.

Kredit Foto: FC Rangers

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Ianis Hagi dan Rangers:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN