Alphonso Davies: Ketika Tidak Dalam Posisi, Larian Saya Amat Membantu

Alphonso Davies

Pertahanan kiri Bayern Munich, Alphonso Davies yang mencuri tumpuan ramai berikutan larian pantas serta keupayaan individu dimiliki mengakui kelebihan lariannya itu sangat membantu ketika beliau seringkali tidak berada di posisi sebenar [out of position] ketika beraksi.

Aksi bertemu Borussia Dortmund menyaksikan pemain berusia 19 tahun itu menunjukkan kematangan pada persembahannya apabila beraksi cemerlang di jentera pertahanan serta kerap membantu bahagian serangan dalam memburu jaringan.

Beliau dilihat dengan tenang berjaya melepasi kawalan tiga orang pemain Dortmund dan turut mempamerkan larian pantas dalam menghambat kembali Erling Haaland yang sudah berada dalam kawasan penalti Bayern Munich.

Bagi pemain kelahiran Ghana yang mewakili Canada di pentas antarabangsa itu, beliau melihat kelebihannya itu benar-benar membantu ketika di atas padang.

”Jelas sekali sebagai seorang pemain muda, saya seringkali berada di luar posisi dan saya gembira dengan kepantasan larian yang dimiliki,” ujar Davies menurut laporan Goal.

”Itu adalah faktor dalam permainan saya yang saya gunakan dengan cukup baik.”

”Tetapi saya merasakan selepas beberapa tahun mendatang dalam pasukan, saya pasti akan belajar tentang [berada di] posisi saya, posisi yang lebih baik, sehingga ia tidak kelihatan seperti saya berada di luar posisi dan hanya berlari sepantas yang mungkin untuk mengejar lawan.”

Alphonso Davies yang sebelum ini beraksi untuk Vancouver Whitecaps FC dalam saingan Major League Soccer (MLS) mula menyertai Bayern Munich pada Julai 2018 selepas memeterai kontrak sehingga 30 Jun 2023 dengan nilai $22 juta.

Jumlah tersebut juga merupakan rekod yuran perpindahan keluar paling tertinggi yang diterima dari kelab selain MLS. 

Kredit featured image: Christian Kaspar-Bartke/Bongarts/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Alphonso Davies:

Leave a Reply