Aksi Menarik Alphonso Davies Hiasi Kemenangan Bayern Munich

Bayern Munich

Jaringan menarik dengan penuh ketenangan yang dihasilkan Joshua Kimmich pada minit ke-43 telah mengukuhkan lagi kedudukan Bayern Munich di puncak Bundesliga dengan kelebihan tujuh mata dimiliki skuad Bavaria tersebut.

Tidak keterlaluan juga untuk memperkatakan kemenangan dalam pertembungan Der Klassiker itu turut dibantu disiplin tinggi barisan pertahanan yang dikepalai Jerome Boateng dalam mengekang asakan pasukan tuan rumah.

Namun, terdapat perkara lain yang begitu mencuri tumpuan semua pada perlawanan di Signal Iduna Park itu. Tak lain tak bukan, ianya berkisarkan tentang kelibat pemain pertahanan kiri Bayern Munich, Alphonso Davies.

Di samping membentuk unit bertahan yang kental sehingga menyukarkan barisan serangan Borussia Dortmund untuk memburu jaringan, kepantasan dimiliki Davies menjadikannya sebagai antara pemain tumpuan pada perlawanan ini.

Beliau bijak menggunakan kepantasan serta kawalan bola berkualiti yang dimilikinya untuk turut membantu jentera serangan Bayern Munich dengan melakukan larian ‘overlap’.

Bagi yang menyaksikan perlawanan tersebut di kaca televisyen pada awal pagi tadi, pasti anda dapat melihat bagaimana larian pantas Davies ke kawasan penalti telah berjaya menghalang Erling Haaland daripada melepaskan rembatan ke arah gol Bayern.

Kredit foto: bundesliga.com

Menurut sumber laman sesawang rasmi Bundesliga, larian tersebut telah mencatatkan masa 35.3 km/j. Sememangnya begitu laju larian pemain berusia 19 tahun itu.

Larian pantasnya itu turut mencuri tumpuan penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku yang turut memuat naik cicipan di Twitter selepas melihat pecutan daripada Davies.

Dalam pada itu rakan sepasukan Davies, Thomas Muller sempat berjenaka dengan mengatakan pemain skuad kebangsaan Canada itu umpama watak dalam siri kartun Looney Tunes, The Road Runner.

Kredit featured image: TF-Images/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Bayern Munich:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN