Segalanya tidak menjadi untuk Borrusia Dortmund musim ini. Kalah kepada Ausburg 1-0 pagi tadi menambah duka dalam episod hitam mereka. Dortmund berada di kedudukan terbawah Bundesliga selepas 19 perlawanan. Menang 4 kali, seri 4 kali dan kalah 11 perlawanan.
FT: Borussia Dortmund 0 – Augsburg 1 @BVB stay bottom of the Bundesliga pic.twitter.com/2oeBvdPlO6
— 101 Great Goals (@101greatgoals) February 4, 2015
Apa yang mengejutkan lagi, Augsburg bermain dengan hanya 10 orang pemain sepanjang 30 minit terakhir perlawanan selepas Christoph Janker dibuang padang. Gol Augsburg dijaringkan oleh Raul Marcelo Bobadilla pada minit ke 50 perlawanan.
Baca 5 Sebab Kenapa Prestasi Dorrusia Dortmund Merudum Musim Ini
Kekalahan Dortmund kepada Augsburg di gelanggang sendiri (Signal Iduna Park) telah membangkitkan kemarahan peminat mereka. Keadaan ini cuba ditenangkan oleh Roman Weidenfeller dan disertai oleh kapten pasukan, Mats Hummels.
Video dibawah akan memberikan anda gambaran sebenar suasana di Signal Iduna Park selepas tamat perlawanan antara Dortmund & Augsburg :
https://www.youtube.com/watch?v=beDo6mX993o
Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.