‘Hilang 2 Pertahanan Import’- Tugas Sukar Kelantan Di SSI Untuk Kekang JDT

Belum sempat aksi keempat Liga Super bermula pada petang ini, kem Kelantan telah pun dikejutkan dengan isu kecederaan yang melanda pemain tonggak mereka.

Dikhabarkan pemain import baharu Kelantan musim ini iaitu Carli de Murga telah pun mengalami kecederaan dan tidak dapat dibawa turut beraksi pada aksi petang ini bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Carli yang sudah pun dua kali diturunkan bersama Kelantan setakat ini mempamerkan aksi yang cukup baik di posisi pertahanan menerusi ketenangan dimiliki beliau bersama rakan sepasukan lain.

Menurut pemilik Kelantan iaitu Norizam Bin Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham, beliau menyatakan Carli tidak dapat dibawa turun petang ini kerana kecederaan ketika aksi bertemu Penang lalu.

Dikatakan Carli mengalami kecederaan pada minit ke-78, sebelum khidmatnya digantikan oleh pemain tempatan yang memakai jersi nombor 33 iaitu Arip Amiruddin.

“Carli De Murga  minit 78 dengan Penang dia benar-benar injured. Ganti dengan Arif masa tu. Dia benar2 sakit. Doakan kesihatan beliau,” jelas Zamsaham menerusi Facebook miliknya semalam.

Selain Carli, Kelantan juga kehilangan seorang lago pertahanan import mereka musim ini dari Filipina iaitu Christian Mangaron Rontini.

Rontini tidak dapat dibawa turun beraksi pada petang ini disebabkan layangan kad merah telah diberikan kepada beliau sewaktu aksi bertemu Penang lalu.

Sehingga kini, dua pertahanan Kelantan secara rasminya tidak dapat beraksi bertemu JDT yang diakui mempunyai barisan serangan yang sangat bagus dalam mendapatkan gol.

Walaupun begitu, mereka masih lagi mempunyai seorang pemain iaitu Miguel Cifuentes yang dijangka bakal mengetuai barisan pertahanan Kelantan dalam misi getir untuk mendapatkan mata di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Cifuentes yang buat pertama kali menyertai Kelantan musim ini berjaya mempamerkan aksi cukup baik bersama pasukan tersebut dengan seimbang di posisi pertahanan serta serangan.

Selain Cifuentes, mereka masih mempunyai seorang lagi pertahanan import dari Korea Selatan yang berkemungkinan juga bakal digunakan oleh Choi Moon-sik iaitu Kim Min-kyu.

Malah tenaga pertahanan tempatan Kelantan juga dilihat mampu untuk menampung posisi kesebelasan utama tersebut sepertu Khairul Helmi Johari, berdasarkan pengalaman dimiliki beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN