Higuain Sah Tinggalkan Juventus, Semakin Hampir Ke Inter Miami

Gonzalo Higuain Inter Miami

Penyerang Argentina, Gonzalo Higuain dilaporkan telah pun meninggalkan Juventus selepas kontraknya ditamatkan atas persetujuan bersama dan dijangka akan menyertai kelab milik David Beckham, Inter Miami di Amerika Syarikat (AS).

Pemain berusia 32 tahun itu menyertai juara Itali tersebut dari Napoli dengan rekod pembelian Serie A iaitu €90 juta pada Julai 2016 yang juga menjadi salah satu perpindahan termahal di dunia sebelum dipintas oleh Cristiano Ronaldo.

Pengurus Inter Miami, Diego Alonso sebelum ini telah mengesahkan kelabnya kini sedang dalam fasa rundungan dengan Higuain selepas beliau dilihat berjumpa dengan salah seorang pemilik bersama kelab di Lapangan Terbang Miami.

“Gonzalo kini sedang memuktamadkan rundingan dengan pihak kelab dan kami berharap pada minggu ini kami dapat mengumumkan dia adalah pemain baharu kami,” ujar Alonso.

Bekas penyerang Real Madrid tersebut telah menjaringkan 66 gol dalam 149 perlawanan untuk I Bianconeri dan telah dipinjamka ke AC Milan dan Chelsea.

Pengurus baharu Juventus, Andrea Pirlo sebaik sahaja dilantik pada bulan lepas telah pun memaklumkan Higuain akan meninggalkan kelab Turin berkenaan.

“Dia adalah seorang juara yang hebat, pemain yang hebat, tetapi kitarannya telah berakhir,” ujar Pirlo.

“Kami telah membuat perjumpaan empat mata, berbincang dan telah membuat keputusan. Saya memang mengkaguminya, tetapi kami telah memutuskan untuk tidak bekerjasama pada masa akan datang.”

Kredit Foto: RumoursFifa

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Gonzalo Higuain:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN