Highlight: Man United 0 Tottenham Hotspur 3, Lucas Moura Ganyang Red Devils

Spurs menang bergaya 0-3 dalam kunjungan mereka ke Old Traffod dalam perlawanan awal pagi tadi waktu Malaysia.

Moura menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini. 1 lagi gol adalah hasil tandukan kemas Harry Kane.

Manchester United tewas 2 dalam 3 perlawanan pembukaan liga musim ini. Ini selepas mereka tewas mengejut di tangan Brighton sebelum ini.

Kemenangan ini meletakkan Spurs di tangga ke-2. Menjadikan mereka kekal antara 4 pasukan yang menang mata maksimum selepas 3 perlawanan.

Man United hanya mengutip 3 mata daripada 9 yang ditawarkan setakat ini. Bukan permulaan yang baik untuk Red Devils.

Kali terakhir mereka tewas 2 daripada 3 perlawanan pembukaan adalah pada 1992/93, pada akhir musim tersebut mereka menjadi juara liga.

Pada 2 September hadapan, Man. United akan berkunjung ke Turf Moor menentang Burnley dan Tottenham akan berhadapan Watford di Vicarage Road.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN