Mourinho: “Ini 3 EPL Saya Ada, Tolong ‘Respect’, Kami Pasukan Lebih Baik Hari Ini”

Jose Mourinho penuh dengan emosi dalam sidang media selepas perlawanan menentang Spurs. Man. United tewas 0-3 di tangan Spurs. Kekalahan ke-2 mereka daripada 3 perlawanan pembukaan musim ini.

Mourinho berbangga dengan aksi anak buah beliau walaupun kecewa dengan hasilnya.

“Kami bekerja keras sepanjang minggu dengan persiapan rapi di pusat latihan. Pemain-pemain menunjukkan komitmen yang luar biasa.”

“Kami patut mendahului 2-0 ataupun 2-1 atau mungkin 3-0 pada separuh masa pertama. Tetapi perlawanan mulai berubah sedikit dan Spurs mendahului 2-0.”

“Semua orang tahu yang 1 gol mampu mengubah ‘direction’ perlawanan ini. Namun gol ke-3 membunuh perlawanan ini.”

“Dari sudut pandangan taktikal kami tak kalah, cuma kami kalah dalam perlawanan ini (berdasarkan jaringan).”

Ketika wartawan mengajukan beberapa soalan yang agak panas, Mourinho mulai bengang.

“Namun semua penyokong kami tak baca suratkhabar dan menonton tv (menyindir wartawan). Semua penyokong kami bijak.”

“Mereka memberikan jawapan dengan cara luar biasa.”

“Saya tak rasa satu perkara normal kalah di gelanggang sendiri dan penyokong memberikan reaksi sedemikian rupa.”

Mourinho bangga dengan tepukan yang diberikan penyokong kepada skuad beliau dan penyokong turut bersorak nama beliau.

Penyokong United jelas memberikan sokongan kepada Mourinho. Dan ia juga mesej kepada Ed Woodward supaya beliau tahu yang penyokong turut kecewa apabila pengurus tidak diberikan sokongan sebaiknya pada jendela perpindahan.

“Pasukan ini bermain bersungguh-sungguh untuk cuba mengubah keputusan perlawanan.”

“Walaupun sudah 3-0 saya melihat Luke Shaw dalam keadaan ‘cramp’ tetap fokus kepada perlawanan dengan membawa maruah pasukan. Itu yang membuatkan penyokong memberikan tepukan.”

Sebelum tamat sidang media, Mourinho menyelar media yang kelihatan terus cuba untuk mengkritik beliau.

Beliau membidas wartawan yang kelihatan cuba menjadikan keputusan 0-3 sebagai hujah mengkritik pasukan Man. United yang disifatkannya pasukan lebih baik.

Namun mereka kurang bernasib baik kerana mempersia-siakan beberapa peluang terbuka.

Mourinho menyatakan:

“Kami kalah kerana kami melepaskan gol daripada sepakan penjuru pertama mereka.”

“Pada separuh masa pertama, (mereka) 0 sepakan penjuru, 0 sepakan percuma bahaya.”

“Dan pada minit ke-50 lebih macam itu, mereka mendapat sepakan penjuru dan terus menjaringkan gol.”

“Dan dengan gol itu, kamu (wartawan) semua terus mahu menukar cerita perlawanan ini.”

“Tetapi jangan buang masa anda, kerana hari ini saya ada bukti, hakim terbaik dalam bola sepak adalah penyokong.”

Mourinho merujuk kepada respon penyokong yang bertepuk tangan kepada para pemain beliau walaupun tewas.

“Musim lalu kami tewas di tangah Sevilla di sini dan kami kena boo (oleh penyokong) kerana kami berhak.”

“Kerana kami tak bermain baik, kami tak cukup bahaya, kerana Sevilla berhak menang.”

“Dan hari ini, pemain meninggalkan padang selepas kalah di gelanggang sendiri, dan penyokong memberikan tepukan, kerana mereka berhak mendapatnya.”

“Dan kamu (wartawan), mencuba, mencuba, dan terus mencuba.”

“Hanya untuk merumuskan, anda tahu apa keputusan? 3-0. Apa maksud ‘ini’?” (sambil menunjukkan 3 jari).

“3-0, ini juga merujuk kepada 3 EPL yang saya sudah menangi. Saya seorang memenangi lebih banyak EPL daripada 19 pengurus EPL yang lain.”

“3 untuk saya dan 2 untuk mereka.”

Mourinho merujuk kepada, untuk 19 pengurus EPL yang lain musim ini hanya Guardiola dan Pellegrini yang memenangi EPL.

Beliau meninggalkan sidang media dengan berkata:

“Respect, respect, respect man, respect.”

Beliau pernah memberikan reaksi yang sama ketika penyokong Chelsea menyorak beliau dengan Judas musim lalu.

Mourinho memberikan respon 3 jari mengingatkan penyokong Chelsea tentang 3 EPL yang beliau menangi bersama mereka, sambil mengingatkan penyokong Chelsea:

“Judas ini masih pengurus terbaik dalam sejarah kelab kamu.”

Mourinho dan Manchester United selepas ini akan berkunjung ke Turf Moor berhadapan dengan Burnley.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN