Skuad Malaysia B-18 dengan mudah menewaskan Kepulauan Mariana Utara dalam aksi kelayakan Piala AFC B-19.
Dalam aksi yang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja, skuad bimbingan Brad Maloney menang 10-0 ke atas Kepulauan Mariana Utara.
Ini juga merupakan kemenangan ketiga berturut-turut dicatatkan Malaysia selepas menang 11-0 dan 5-4, ke atas Brunei dan Kemboja. Sekaligus memberikan permulaan sempurna dengan 9 mata.
Ini mencerahkan peluang Malaysia untuk mara ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Uzbekistan pada tahun hadapan.
Malaysia menguasai sebahagian besar perlawanan. Mendahului pada minit ke-7 menerusi Aiman Afif. Hazim Abu Zaid menambah gol kedua pada minit ke-9.
Aidil Azuan meletakkan Malaysia 3 gol di hadapan menerusi jaringan pada minit ke-20; diikuti gol oleh Fahmi Daniel untuk memastikan mereka selesa menuju ke bilik persalinan.
Aiman melengkapkan 4 gol peribadi dalam perlawanan ini dengan gol pada minit ke-46, 74 dan 79.
3 lagi gol Malaysia dijaringkan oleh Fahmi, Firdaus Ramli dan Azrul Haikal.
Malaysia hanya perlu mengelakkan tewas dalam aksi terakhir menentang Thailand bagi membolehkan kita mara ke pusingan akhir. Ini kerana Thailand tewas mengejut di tangan pasukan tuan rumah.
Saksikan rangkuman aksi di sini:
https://youtu.be/UXrpD5xR_cI