Anugerah AFF 2019: ‘Wondergoal’ Syahmi Safari Terbaik, Mat Yo Dalam Best XI

Malaysia berjaya membawa pulang satu anugerah pada Malam Anugerah AFF 2019 yang berlangsung di Hanoi, Vietnam, hari ini menerusi pemain kebangsaan, Syahmi Safari yang memenangi Gol Terbaik Piala Suzuki AFF.

Wondergoal oleh Syahmi itu dilakukan ketika Piala AFF Suzuki ketika berhadapan dengan Thailand.

Ianya adalah satu team goal yang disudahkan dengan roket oleh Syahmi Safari.

Syahmi Safari sangat bersyukur dengan kemenangan beliau. Syahmi turut berterima kasih kepada rakan sepasukan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam yang hadir ke majlis berkenaan telah tampil ke atas pentas sebagai wakil untuk menerima anugerah berkenaan.

Syahmi bersama-sama dua lagi pemain Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha dan Syamer Kutty Abba berada dalam Kesebelasan Terbaik AFF.

Selain itu, ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe turut tersenarai sebagai tiga calon akhir bagi Jurulatih Terbaik yang dimenangi ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo.

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya pula dalam senarai tiga calon akhir bagi Pasukan Terbaik Lelaki tetapi tewas kepada Vietnam.

Sementara pemain futsal kebangsaan, Khairul Effendy Bahrin juga tersenarai antara tiga calon akhir bagi Pemain Futsal Lelaki.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN