Montella mengendalikan perlawanan La Liga pertama beliau bersama dengan Sevilla. Bekas pengendali AC Milan ini dilantik menggantikan Eduardo Berizzo yang perlu menjalani rawatan barah.
Dalam perlawanan debut beliau dalam Copa Del Rey, Sevilla menang ke atas Cadiz. Namun cerita berbeza dalam perlawanan El Gran Derbi.
Baca juga: El Gran Derbi: Hari Bandar Seville Berpecah Menjadi Warna Hijau Putih Atau Merah Putih
Real Betis ternyata terus memberikan tekanan kepada Montella selepas reputasi beliau di AC Milan.
Fabian Ruiz meletakkan Real Betis di hadapan hanya pada minit pertama perlawanan. Namun Sevilla menyamakan kedudukan menerusn Wissam Ben Yedder.
Betis kembali di hadapan pada minit ke-21 menerusi Zouhair Feddal. Sekali lagi Sevilla menyamakan kedudukan menerusi Simon Kjaer sebelum rehat.
Bersambung pada separuh masa kedua Real Betis menjaringkan 2 gol dalam tempoh 2 minit menerusi Durmisi (minit ke-63) dan Sergio Leon (minit ke-65).
Christian Tello melakukan aksi memukau untuk mencipta peluang yang disudahkan Sergio Leon untuk menjadikan kedudukan 3-4.
Namun, malapetaka buat Sevilla apabila Langlet meletakkan pasukan pelawat di hadapan dengan kedudukan 3-5.
Ini adalah kekalahan pertama Sevilla dengan 5 gol di tempat sendiri selepas 25 tahun. Ini juga kekalahan pertama dengan 5 gol oleh Sevilla dalam El Gran Derbi.
Teams that have scored 5+ goals away to Sevilla in the league in the last 25 years:
1. Real Madrid
2. Real Betis pic.twitter.com/IVUo2G6mgW— WhoScored.com (@WhoScored) January 6, 2018
Saksikan pesta gol itu di sini:
BetisSevilla from Ahmad Muzammil on Vimeo.
Real Betis terus menjadi antara pasukan yang beraksi dalam perlawanan yang banyak menghasilkan gol musim ini.
A selection of Real Betis results from this season alone.
Real Madrid 0-1 Betis
Betis 4-0 Levante
Real Sociedad 4-4 Betis
Betis 3-6 Valencia
Eibar 5-0 Betis
Betis 3-5 Cadiz (Cup, second leg)
Sevilla 3-5 BetisMoral: Watch Betis, they rarely win, but they're often exciting.
— Benjamin Wills (@_BenWills) January 6, 2018