El Gran Derbi: Hari Bandar Seville Berpecah Menjadi Warna Hijau Putih Atau Merah Putih

Derbi antara Real Betis dengan Sevilla, El Gran Derbi merupakan salah satu perlawanan yang menjadi tumpuan dalam La Liga.

Permusuhan antara dua kelab dari bandar Seville ini mempunyai makna lebih daripada sekadar sebuah perlawanan bola sepak. Lebih daripada sekadar 90 minit di atas padang. Ia adalah pertembungan yang paling dinanti-nanti oleh penyokong kedua-dua pasukan.

Sebaik sahaja jadual perlawanan musim La Liga diumumkan, penyokong dari kedua-dua pasukan akan segera mengosongkan jadual pada hari El Gran Derbi.

Di bandar keempat terbesar di Sepanyol ini, El Gran Derbi adalah hari penduduk bandar Seville berpecah kepada dua kumpulan. Pada hari El Gran Derbi, jika anda merupakan penduduk bandar Seville, anda perlu memilih antara dua set warna – hijau putih (Real Betis) atau merah putih (Sevilla).

Betis and Sevilla’s players stand before the Spanish league football match Real Betis vs Sevilla FC at the Benito Villamarin stadium in Sevilla on February 25, 2017. / AFP / CRISTINA QUICLER (Photo credit should read CRISTINA QUICLER/AFP/Getty Images)

Atmosfera El Gran Derbi bukan sahaja dirasai di stadium. Malah di bar, restoran, bangunan pejabat, jalanraya, sekolah dan universiti. Malah ia melangkaui jurang umur dan jantina penduduk Seville.

Sejak penubuhan La Liga Santander, penyokong-penyokong Real Betis dan Sevilla akan sentiasa mengikuti perkembangan musuh masing-masing sebelum El Gran Derbi bermula.

SEVILLE, SPAIN – FEBRUARY 25: Child fan of Real Betis Balompie chears during La Liga match between Real Betis Balompie and Sevilla FC at Benito Villamarin Stadium on February 25, 2017 in Seville, Spain. (Photo by Aitor Alcalde Colomer/Getty Images)

Tak kiralah sama ada Sevilla sedang sibuk mengukuhkan kedudukan demi mengejar slot kelayakan ke Champions League atau Real Betis sedang sibuk mengekalkan status La Liga mereka, apabila hari El Gran Derbi tiba dua pasukan ini hanya ada satu objektif – mengalahkan lawan mereka.

Bagi pemain kedua-dua pasukan, matlamat menghantar penyokong mereka pulang dengan gembira pada hari El Gran Derbi pula dalah objektif utama mereka. Bagi mereka, hak untuk mendabik dada sebagai pasukan terkuat di bandar Seville adalah hak paling agung.

Sevilla’s Argentinian defender Federico Fazio (down) celebrates after scoring against Betis during the Spanish league football match Seviila vs Real Betis at the Sanchez Pizjuan stadium in Sevilla on November 18, 2012. AFP PHOTO/ CRISTINA QUICLER (Photo credit should read CRISTINA QUICLER/AFP/Getty Images)

Apabila El Gran Derbi bermula, segala aktiviti di bandar Seville akan terhenti sehinggalah tamat wisel perlawanan. Hanya perlawanan ini yang akan mempunyai makna.

Lebih 700,000 penduduknya akan menonton perlawanan ini seperti perlawanan akhir. Jalan akan menjadi lengang. Yang bernasib baik akan menyaksikannya di stadium. Selebihnya akan menyaksikannya di televisyen. Tiada seorang pun di bandar Seville akan terlepas perlawanan genting ini.

Sebelum sepak mula

Sevilla ketika ini menduduki tangga ke-5 La Liga dengan hanya 2 mata di belakang Real Madrid yang menduduki tangga ke-4.

Ini bermakna mereka hanya kurang satu kemenangan sahaja lagi sebelum dapat mengatasi kedudukan Real Madrid, sekaligus mengukuhkan aspirasi mereka untuk layak ke Champions League pada musim 2018/2019 (sekurang-kurangnya buat sementara waktu).

Real Betis pula ketika ini sudah mengumpul 21 mata dan berada di tengah-tengah antara kelayakan ke Eropah dan zon penyingkiran liga.

Sejarah ringkas El Gran Derbi

Sevilla yang diasaskan pada 1890 oleh sekumpulan ahli perniagaan dan jurutera British dan Sepanyol merupakan kelab bola sepak pertama yang ditubuhkan di bandar Sevilla. Ini diikuti dengan penubuhan Real Betis pada 1907.

Persetruan antara dua pasukan bandar Sevilla ini bermula pada tahun 1909. Sehingga kini, kedua-dua pasukan ini sudah bertemu sebanyak 93 kali, dengan 43 kemenangan berpihak kepada Sevilla. Manakala Betis pula baru menang 28 kali.

Dalam 22 perlawanan selebihnya, perlawanan berkesudahan seri.

Dominasi Sevilla terhadap Real Betis sejak dari awal sejarah mereka lagi berterusan sehingga kini. Dalam 20 perlawanan El Gran Derbi terakhir, kemenangan berpihak kepada Sevilla sebanyak 11 kali dan Betis pula baru menang 4 kali. Dalam 5 perlawanan selebihnya, kedua-dua pasukan ini terikat seri.

Dalam 20 perlawanan itu juga, Sevilla telah menjaringkan 34 gol berbanding 16 gol yang dijaringkan oleh Betis. Ini menjadikan El Gran Derbi mempunyai jumlah keseluruhan 50 gol atau purata 2.5 gol setiap perlawanan.

Ketika Sevilla terus mengukuhkan reputasi mereka sebagai salah satu pasukan terbesar di Sepanyol dan Eropah (pernah menang 3 daripada 4 trofi Europa League), Real Betis pula bergelut dengan penyingkiran dan promosi liga.

Selepas berjaya dipromosi ke LaLiga Santander pada musim 2014/2015, Real Betis kekal beraksi di liga divisyen teratas Sepanyol sehingga kini.

ElGranDerbi – Perseteruan Sevilla dan Real Betis

Tahukah anda awal pagi Ahad nanti akan berlangsungnya #ElGranDerbi – derbi antara dua pasukan bandar Seville, Sevilla FC dengan Real Betis Balompié?

Esok kami akan buat artikel pasal #ElGranDerbi. Jangan terlepas esok!

cc: LaLiga

Posted by Semuanya BOLA on Friday, January 5, 2018

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN