Apa Habaq Surabaya? Piala Super Suramadu Medan Terbaik Uji Kekuatan Kedah

Kejohanan Piala Super Suramadu di Surabaya menjadi medan terbaik untuk skuad helang merah menguji kemampuan dan tahap keserasian pemain sebelum menghadapi saingan Liga Malaysia 2018.

Juara Piala FA 2017 itu mengesahkan akan bertanding dalam kejohanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bangkalan, Jawa Timur, Indonesia itu akan bermula pada esok hingga 12 Januari ini melibatkan pasukan Persela Lamongan, Persija Jakarta dan Madura United.

Kejohanan ini berlangsung sempena memperingati ulang tahun kedua Madura United FC.

Objektif penganjuran kejohanan ini adalah untuk mengeratkan ikatan perhubungan terutama dalam bidang bola sepak antara Malaysia dan Indonesia.

Bercakap kepada Berita Harian, kapten Kedah Khairul Helmi Johari berkata, aksi julung kali dalam Kejohanan Piala Super 2018 di Indonesia adalah medan terbaik untuk semua pemain mempersiapkan diri dalam usaha meningkatkan prestasi menjelang Liga Malaysia yang akan bermula Februari ini.

“Sebagai wakil Malaysia, kami mengharapkan keputusan yang baik dan kejohanan ini juga menjadi kayu pengukur dalam beberapa aspek persediaan yang akan dilakukan dalam pasukan.”

“Paling penting adalah untuk mencari keserasian antara pemain baru dan lama serta memperkemaskan corak permainan pasukan dengan taktikal yang diserapkan oleh jurulatih Marcote.”

“Selain itu pendedahan pemain muda di peringkat perlawanan rantau ASEAN juga dilihat penting bagi mengimbangi pengalaman semua pemain dalam pasukan,” katanya.

Sementara itu, Ketua jurulatih Kedah, Ramon Marcote mengesahkan pemain import mereka, Liridon Krasniqi yang mendapat tawaran dari kelab Liga Perancis akan menyertai pasukan di Surabaya.

“Beliau akan menyertai pasukan di Surabaya, apa yang saya tahu beliau masih pemain Kedah.

“Kita gembira beliau mendapat tawaran itu namun jika itu peluang beliau untuk diuji bersama kelab dari liga terbaik dunia, kami ucapkan selamat maju jaya di masa hadapan.

“Tapi buat masa ini, beliau masih ada kontrak bersama Kedah,” jelasnya seperti dipetik dalam laman facebook rasmi KFA.

Lokasi pertandingan di Stadium Gelora Bangkalan (SGB) ini juga dikatakan bakal mendapat liputan siaran secara langsung seluruh Indonesia melalui salah satu stesen televisyen nasional di republik itu.

SGB yang boleh menempatkan seramai 15,000 penonton itu terletak di daerah Bangkalan, Madura Jawa Timur Indonesia dan menjadi gelanggang buat Persepam Madura United, Perseba Bangkalan serta Madura United.

Jadual perlawanan waktu Malaysia untuk skuad Lang Merah di Indonesia bermula esok menentang Persela pada pukul 4 petang, Persija Jakarta pada 10 Januari (8 malam) dan bertemu Madura United pada 12 Januari (8 malam)

Selain pasukan Kedah, pendatang baharu Liga Super 2018, Negeri Sembilan turut akan menyertai satu lagi kejohanan empat penjuru di Indonesia pada 19 dan 21 Januari depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN