Highlight EPL: Wolves 2 Chelsea 1, Maurizzio Sarri Kecewa Dengan Respon The Blues

Wolves menamatkan rekod 4 perlawanan tanpa kemenangan di EPL dengan kebangkitan ke atas Chelsea. Wolves menang 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Molineux.

Ruben Loftus-Cheek meletakkan Chelsea pada minit ke-18. Beberapa hari lalu beliau membayangkan akan meminta untuk keluar daripada Chelsea jika tidak mendapat lebih banyak minit perlawanan.

Berbalik kepapada perlawanan – selepas gol itu, giliran N’golo Kante, Willian, Alvaro Morata dan Rudiger berpeluang menambah gol untuk Chelsea – namun tidak berjaya melakukannya.

Chelsea membayar harga yang tinggi di atas pembaziran peluang itu. Pada separuh masa kedua, Wolves bangkit menjaringkan 2 gol ke atas The Blues.

Jimenez menyamakan kedudukan pada minit ke-59. Satu rembatan deras yang gagal ditampan kemas oleh Kepa Arrizabalaga

4 minit kemudian – giliran Diogo Jota membuka akaun gol EPL beliau dengan gol ke-2 Wolves dalam perlawanan ini. Jota dengan bijak mencari ruang di ‘far post’.

Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut Chelsea di tempat lawan dalam EPL. Chelsea mempersia-siakan peluang untuk memintas Spurs. Mereka juga kini sama mata dengan Arsenal – yang seri dengan Man. United.

Nuno Espirito gembira dengan kemenangan ini kerana ianya dapat mengubati rasa sedih pasukan mereka ketika tewas 2-1 di tangan Cardiff pada jumaat lalu.

Sementara itu Maurizzio Sarri menyifatkan pasukan Chelsea tampil dengan berbeza sekali selepas minit ke-55, mereka gagal berfungsi dengan baik.

Sarri berkata: “Kita bermain baik untuk 55 minit. Apabila Wolves mentamakan kedudukan, tiba-tiba kita saksikan ‘pasukan lain’ yang bermain.”

Sarri tidak gembira dengan cara pemain-pemain Chelsea lambat memberikan respon ketika mereka hilang gol pendahuluan. Chelsea menguasai 70% permainan dengan 17 percubaan ke arah gol.

Ruben Loftus-Cheek menyatakan kekalahan ini adalah berpunca daripada sikap mereka sendiri yang cepat berpuas hati: Beliau berkata: “Kami menikmati penguasaan bola pada separuh masa pertama. Kami rasa selesa dan bermain bola sepak yang cantik.”

“Namun pada separuh masa kedua, Wolves tampil lebih laju dan kami pula cuai. Apabila kamu bermain dengan cuai, kami perlu membayarnya dalam EPL.”

Loftus-Cheek berharap mereka sepasukan akan belajar daripada kesilapan bagi berhadapan dengan Man. City selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN