Quantcast

BERITA

Highlight EPL: Manchester United Turun Ke Tangga Ke-8 Selepas Seri Dengan Arsenal

Manchester United ketinggalan 2 kali di belakang Arsenal, namun mereka berjaya mengikat skuad bimbingan Unai Emery itu di Old Trafford.

Mourinho tidak menyenaraikan Paul Pogba dan Romelu Lukaku dalam kesebelasan utama selepas aksi hambar 2 pemain tersebut ketika berhadapan Southampton.

Arsenal mendahului selepas De Gea melakukan kesilapan penjaga gol yang agak mengejutkan. Beliau gagal menyelamatkan tandukan lemah Shkordan Mustafi pada minit ke-26.

Selepas itu, Anthony Martial menyamakan kedudukan pada minit ke-30. Arsenal terus gagal mendahului untuk separuh masa pertama dalam EPL musim ini.

Bersambung babak ke-2, pemain gantian Alexandre Lacazette meletakkan Arsenal di hadapan sekali lagi pada minit ke-68. Namun gol itu selepas itu disahkan panel EPL sebagai jaringan sendiri oleh Marcos Rojo.

Jaringan pendahuluan itu hanya bertahan seminit apabila Jese Lingard menghukum kesilapan Sead Kolasinac yang cuba melakukan hantaran ke belakang kepada Leno.

Keputusan ini meletakkan Manchester United turun ke tangga ke-8. Manakala Arsenal turun ke tangga ke-5. Skuad Unai Emery meneruskan rekod tanpa kalah kepada 20 perlawanan dalam semua pertandingan.

Jose Mourinho menganggap pasukan beliau gagal menang kerana melakukan banyak kesilapan dan mereka terpaksa membayarnya.

Namun begitu, Jose Mourinho memuji semangat juang pasukannya yang disifatkan beliau sebagai lebih baik berbanding dengan perlawanan sebelum ini. Sebagai rekod – Jose Mourinho hanya tewas sekali daripada 16 pertemuan menentang Arsenal dalam karier beliau.

Unai Emery kecewa kerana pasukannya 2 kali melepaskan pendahuluan gol dalam perlawanan ini terutama sekali ketika mereka bolos gol kedua Lingard – hanya selepas beberapa saat daripada gol Lacazete.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!