Pele Nasihatkan Neymar Manfaatkan Bakat Kurniaan Tuhan Bukan Merumitkan Keadaan

Legenda Brazil, Pele menyatakan agak sukar untuk mempertahankan kritikan kepada Neymar. Sebagai seorang peminat Brazil, Pele mengakui selalunya beliau terpaksa mempertahankan Neymar.

Namun pada satu sudut yang lain, Pele merasakan perbuatan Neymar di atas padang memang tidak boleh dipertahankan terutama sekali melibatkan ‘diving’ ataupun melakukan simulasi.

Pada pandangan Pele – Neymar kerap melakukan perkara yang tidak perlu sebagai seorang pemain bola sepak. Itu telah membuatkan Neymar menjadi bahan jenaka dan kebencian penyokong lawan.

Berbeza dengan beberapa bakat Brazil seperti Ronaldinho, Ronaldo (R9), dan Kaka misalnya – mereka digemari dan dihormati ramai termasuk penyokong lawan.

Pele tidak gemar dengan sikap Neymar yang suka melakukan simulasi serta lakonan berlebihan di dalam padang. Sebagai contoh ketika berhadapan dengan Belgium di suku akhir Piala Dunia, Neymar sebenarnya telah mengganggu fokus rakan-rakan beliau yang lain selepas terlalu banyak perlawanan terhenti.

Menurut Pele; Neymar ada bakat yang dikurniakan tuhan. Namun beliau kadangkala tidak sedar akan kurniaan itu – yang tidak semua manusia dapat. Neymar membuatkan dirinya rumit di atas padang.

Pele berkata: “Sukar untuk mempertahankan semua perkara yang berkaitan dengan Neymar. Saya sudah bercakap dengan beliau dan mengingatkan beliau akan bakat yang beliau ada.”

“Beliau agak malang kerana menjadi sasaran umum selepas kegagalan Brazil menjuarai Piala Dunia.”

Getty Images

“Saya sudah meluangkan masa bersama beliau 2 kali di Eropah. Kami ada berbual-bual dan saya memberitahu beliau: ‘Tuhan sudah mengurniakan bakat bola sepak kepada kamu, kenapa kamu hendak membuatkannya menjadi rumit.”

Pele percaya Neymar lebih baik daripada Mbappe dari segi kualiti keseluruhan – tanpa menidakkan kehebatan Mbappe.

“Ramai orang membandingkan saya dengan Mbappe, ada persamaan bukan? Beliau baru berusia 19 tahun dan sudah memenangi Piala Dunia,” kata Pele yang juga memenangi Piala Dunia ketika pada usia remaja.

“Di antara mereka berdua, saya rasa Neymar lebih sebagai seorang pemain yang lengkap. Namun di Eropah saya dengar orang lebih banyak bercakap tentang Mbappe.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN