Highlight EPL: VAR Warnai Kekalahan Spurs Di Tangan Leicester

Jika sebelum ini Tottenham Hotspur sudah beberapa kali diselamatkan VAR, terutama sekali dalam 2 aksi menentang Manchester City, dalam UCL musim lalu dan EPL musim ini.

Sehinggakan ada yang mengusi VAR sebagai salah seorang pemain baharu Spurs.

Sebelum VAR menarik gol Spurs, terlebih dahulu teknologi tersebut menyelamatkan Spurs pada minit ke-16.

Ini apabila VAR membatalkan gol Ndidi selepas Ayoze Perez berada dalam kedudukan ofsaid.

Tottenham Hotspur kemudiannya di hadapan pada minit ke-29 menerusi Harry Kane.

Satu agility yang sangat baik daripada Kane, kerana ketika melakukan gol itu beliau ditolak dan terjatuh.

Leicester memperbaiki rentak mereka dan Spurs pula kelihatan agak kendur tempo permainan mereka.

Gazzaniga agak sibuk pada separuh masa kedua, selepas diuji oleh Ayoze Perez dan Jamie Vardy.

Bersambung babak kedua, Leicester menggandakan lagi usaha mereka.

Spurs kembali di hadapan, menerusi gol oleh Serge Aurier pada minit ke-63 Namun gol itu ditarik balik selepas VAR mendapati Son Heung Min berada dalam kedudukan ‘milimeter’ ofsaid.

Ia menjadi perdebatan di media sosial di seluruh dunia yang mempertikaikan ofsaid tersebut.

Walaubagaimanapun keputusan VAR sudah muktamad.

Keyakinan Leicester semakin tinggi selepas insiden itu. Dan tidak lama selepas itu, mereka menyamakan kedudukan pada minit ke-69, menerusi Ricardo Pereira.

Spurs berpeluang untuk berada di hadapan sekali lagi tidak lama selepas itu, namun Harry Kane melakukan percubaan lemah.

Ketika perlawanan berbaki 5 minit lagi, bintang sensasi Leicester, James Maddison melakukan gol cantik untuk memberikan kemenangan kepada pasukannya.

Tamat perlawanan Leicester 2 Tottenham 0. Ini merupakan kekalahan kedua Spurs musim ini. Leicester pula naik ke tangga 3 teratas dengan kemenangan ketiga mereka musim ini.

Saksikan rangkuman aksi di sini:

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN