Highlight EPL: Watford Lunyai Dibelasah Man City 8-0

Lima gol dalam masa 18 minit pertama dilakukan oleh Manchester City semalam. Sudah cukup untuk menggambarkan betapa kejamnya mereka ke atas Watford.

Pep Guardiola sendiri menyatakan, pasukannya sangat klinikal: “Kita sangat kejam di hadapan gol apabila 5 percubaan tepat, 5 gol. Kadangkala kita melakukan 20 percubaan, tak satu pun masuk.”

Man City berjaya bangkit kembali selepas kekalahan mengejut di tangan Norwich City sebelum ini.

Manchester City melakukan beberapa perubahan pada kesebelasan utama mereka. Raheem Sterling antara pemain yang direhatkan.

David Silva menjaringkan gol pertama pada minit pertama. Sergio Aguero kemudiannya menyempurnakan penalti pada minit ke-7.

Lima minit kemudian, Riyad Mahrez menambah 1 lagi gol.

Bernardo Silva membuka tirai jaringan peribadi beliau pada minit ke-15, dalam proses beliau melakukan hatrik dalam perlawanan ini.

Dan Nicolas Otamendi menambah 1 lagi gol pada minit ke-18. Manchester City masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan 5-0. Bukan hari yang baik untuk Quique Sanchez Flores selepas cemerlang mengikat Arsenal sebelum ini.

Bersambung babak kedua, Man City tidak mengendurkan intensiti mereka untuk terus memburu gol.

Bernardo Silva melengkapkan hatrik beliau dengan 2 gol pada separuh masa kedua – minit ke-48 dan juga ke-60.

Perancang penting, Kevin De Bruyne kemudian menjaringkan gol ke-8. Beliau terlepas peluang keemasan selepas itu. Jika tidak mereka akan menyamaai rekod kemenangan terbesar EPL yang dicipta Manchester United pada 1995.

Manchester City menamatkan perlawanan dengan kemenangan 8-0. Paling unik, mereka telah mencipta rekod sebagai satu-satunya pasukan yang pernah bolos 8 gol dan menjaringkan 8 gol dalam EPL.

Anda boleh saksikan rangkuman aksi di sini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN