Mora: “Inilah Hasil DNA Pasukan Kami”

JDT berjaya menewaskan Terengganu 1-0 di tempat lawan, dalam suku akhir pertama Piala Malaysia.

Aksi yang berlangsung semalam, menyaksikan penyerang sensasi JDT, Diogo, menjadi wira JDT. Ini apabila beliau menjadi penjaring gol tunggal yang juga gol kemenangan pasukannya.

Jurulatih JDT, Benjamin Mora ternyata gembira dengan prestasi para pemainnya.

Beliau juga menggariskan, kejayaan JDT adalah kerana aplikasi taktikal yang merupakan DNA bola sepak mereka.

Mora menegaskan, pasukan JDT sentiasa cuba membina serangan berasaskan pemain di zon pertahanan ataupun dari belakang.

Mereka juga akan sentiasa cuba melakukan high pressing kepada lawan. Namun semua itu dilakukan selepas kesungguhan para pemain JDT berlatih, untuk memastikan taktikal itu berjalan lancar dan membuahkan hasil.

Bercakap kepada MFL selepas tamat perlawanan, Mora berkata: “Itulah ideanya, pasukan ini cuba untuk membina serangan daripada pertahanan. ”

“Kami sukakan permainan kombinasi, dan kami banyak berlatih, tekanan, dan tekanan tinggi [high pressing]. Ini merupakan salah satu daripada DNA kami. Jadi, [malam ini] ianya dilakukan dengan baik, dengan para pemain mendapat keyakinan, dan inilah hasilnya.”

JDT berjaya membawa 1 bekalan gol yang sangat penting kerana ianya merupakan gol di tempat lawan.

Terengganu FC akan berkunjung pula ke Larkin pada 28 September depan untuk aksi suku akhir kedua.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN