Liverpool terus menghimpit Manchester City yang berada di kedudukan teratas liga. Anak-anak buah Jurgen Klopp berhadapan dengan cabaran getir di Burnley.
Klopp melakukan rotasi pada skuad beliau kerana jadual yang padat. Liverpool mendominasi perlawanan.
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu di hadapan apabila Jack Cork menolak masuk bola ke dalam gawang pada minit ke-54.
Burnley are just the second team to take the lead against Liverpool in the Premier League this season.
Jack Cork and Eden Hazard the players to make it happen. 👀 pic.twitter.com/32pUWFQw5w
— Squawka (@Squawka) December 5, 2018
Liverpool mencipta beberapa peluang gol namun Joe Hart cemerlang di hadapan gawang. Naby Keita memiliki 3 ataupun 4 peluang gol yang sangat baik dalam perlawanan ini.
Selepas berhempas pulas sepanjang malam, Liverpool mendapat gol penyamaan menerusi rembatan leret James Milner.
Klopp memasukkan Mohamed Salah dan Roberto Firmino. Penyerang Brazil – Firmino – terus memberikan impak. Bermula daripada sepakan percuma Trent-Alexander Arnold yang menuju ke arah Van Dijk.
Van Dijk kemudiannya menolak bola itu kepada Firmino. Penyerang ‘false 9’ Liverpool itu mudah menolak masuk bola.
Pada masa kecederaan, bermula daripada usaha Alisson yang mengitar semula penguasaan bola, beliau memulakan serangan balas yang disudahkan oleh Shaqiri.
Liverpool have the least amount of goals conceded in any of Europe’s Top 5 leagues
Alisson’s save rate of 85% is the highest in Europe
Only Manchester City and Bayern Munich (2 games in hand) have allowed less shots on target. pic.twitter.com/hKEzdBGfbu
— Carson (@WC_LFC_Torres) December 5, 2018
Kemenangan ini membolehkan Liverpool mencatat permulan liga terbaik dalam sejarah kelab mereka. Liverpool mengutip 39 mata selepas 15 perlawanan.
WWWWWWDDWWDWWWW
Liverpool have made their best-ever start to a top-flight season in their 126-year history 🔴 pic.twitter.com/IMtbJDJiUc
— B/R Football (@brfootball) December 5, 2018
Kemenangan ini mengekalkan jarak mata di antara Liverpool dan Man. City hanyalah 2 mata. Kerisauan Liverpool pastinya kecederaan oleh pemain bek tengah utama mereka musim ini – Joe Gomez.