Maurizio Sarri: Chelsea Sudah Berusaha, Segala Keputusan Terletak Pada Hazard

Hazard

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri memberitahu bahawa pihak pengurusan dan pengurus kepada Eden Hazard sentiasa mengadakan rundingan bersama mengenai masa depan pemain itu di Stamford Bridge.

Menerusi The Guardian, Sarri turut berkata bahawa kelabnya sudah bersedia untuk menawarkan kontrak baru kepada Hazard dalam masa terdekat. Namun, segala keputusan kini terletak kepada pemain itu sendiri untuk memilih mahu kekal ataupun tidak.

“Kelab kini memang sudah bersedia untuk menandatangani kontrak baru tetapi segala-galanya terpulang kepadanya sama ada mahu menyambung kontrak atau tidak.”

“Apa yang saya tahu terdapat perbincangan antara kelab dan pengurus Hazard pada setiap minggu.”

“Jadi jika ada perkembangan baru, kelab akan segera menghubunginya,” kata Sarri.

Hazard amat diperlukan

Masa depan Hazard di Chelsea sentiasa menjadi subjek spekulasi sejak berakhirnya saingan Piala Dunia 2018 di Russia.

Bintang Belgium itu sering dikaitkan akan berpindah ke Sepanyol untuk menyertai Real Madrid yang merupakan kelab impiannya sejak dahulu lagi.

Beliau yang membantu Belgium meraih tempat ketiga selain dinobatkan sebagai pemain kedua terbaik untuk kejohanan tersebut sebelum ini pernah mendedahkan bahawa keinginan beliau adalah untuk meraih gelaran Ballon d’Or jika menyertai Real Madrid dimasa akan datang.

Los Blancos pasti mengalu-alukan kehadiran Hazard selepas mereka kehilangan Cristiano Ronaldo yang berpindah ke Juventus.

Bagaimanapun, Hazard menyatakan bahawa beliau tidak mahu mengikuti jejak bekas rakan sepasukannya, Thibaut Courtois yang memaksa kelab untuk melepaskannya.

Sebaliknya, Hazard kini dilihat masih bermain berteka-teki mengenai masa depannya sama ada mahu menunggu sehingga kontraknya di Stamford Bridge berakhir pada Jun 2020 nanti, ataupun menerima terus tawaran besar dari Real Madrid.

Hal ini membuatkan Chelsea perlu segera mencari jalan untuk menghalang Hazard ke Madrid dengan menawarkan kontrak jangka masa panjang kepada beliau.

“Sudah tentu saya mahu Hazard kekal di sini. Tapi saya mahu dia kekal sekiranya dia bersetuju untuk berbuat demikian.” tegas Sarri.

“Anda sudah tahu bahawa Eden sangatlah penting bagi kami (Chelsea), sama seperti semua pemain penting yang lainnya. Dia penting untuk kelab ini.”

Setakat ini, Hazard sudah membantu Chelsea memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dua kali iaitu pada musim 2014/15 dan 2016/17, sejak menyertai kelab tersebut dari Lille enam tahun yang lalu.

Sementara itu, Chelsea mengalami satu lagi kekecewaan selepas tunduk 2-1 ditangan Wolves pada perlawanan yang berlangsung di gelanggang lawan, awal pagi tadi.

Tamparan hebat buat The Blues menjelang perlawanan bertemu pendahulu liga, Manchester City pada hujung minggu ini.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN