Jupp Heynckes mengingatkan pemain-pemain beliau, aspek taktikal, teknikal dan permainan sahaja tidak cukup untuk berhadapan dengan Bayern Munich. Sebaliknya mereka perlu menekankan aspek psikologi.
Jupp Heynckes seperti mengingatkan pemain-pemain Bayern Munich tentang kekalahan mereka di tangan Real Madrid musim lalu di suku akhir UCL.
Salah satu sebabnya adalah hilang fokus dalam perlawanan terutama sekali selepas beberapa keputusan pengadil yang mereka rasakan tidak memihak kepada mereka.
Heynckess merasakan aspek psikologi adalah yang paling penting dalam 2 perlawanan timbal balik separuh akhir UCL berhadapan dengan juara bertahan 2 musim.
Jupp Heynckes mahu pemain kekal fokus termasuk dalam beberapa hari sebelum perlawanan.
“Paling penting buat masa ini adalah ada psikologi. Itu adalah kunci utama dan semua pemain sudah mengunci ia untuk perlawanan menentang Madrid.”
“Buat masa ini, fokus kita hanyalah kepada perlawanan tersebut.”
Beliau mahu pemain untuk ‘menang’ terlebih dahulu pada fasa persediaan sebelum perlawanan sebenar.
“Apa yang pasti, menang sebelum bermain dalam perlawanan UCL itu lebih penting sebelum beraksi dalam perlawanan sebenar.”
“Kami harus bermain 1 perlawanan setiap 3 hari. Jadi semua pemain harus bersedia untuk bermain. Dan kami (jurulatih) harus sentiasa menyediakan pemain yang sentiasa bersedia setiap masa.”
“Sangat penting untuk pemain ada rasa bersemangat ingin bermain dalam padang dan menunjukkan kepada saya mereka mahu bermain.”