Bekas penyerang Celtic dan Barcelona, Henrik Larsson tentunya tidak akan melupakan kenangannya beraksi bersama Manchester United walaupun dalam tempoh yang amat singkat.
Beliau akhirnya mengakui sangat menyesal kerana tidak kekal di Old Trafford untuk jangka masa yang lebih lama selepas hanya dipinjamkan selama dua bulan pada musim 2006/07 di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.
Legenda Sweden itu telah mengikat kontrak dengan pasukan kampung halamannya, Helsingborg pada awal musim dan kemudiannya sempat beraksi bersama United dalam 13 perlawanan ketika liga Sweden sedang berehat.
"At 21 I was working for a company loading vegetables onto trucks. It wasn’t what I wanted to do, but I got the call that Helsingborgs wanted to sign me. That felt great, and the rest is history."
— CelticQuote (@CelticQuote) July 25, 2018
Henrik Larsson pic.twitter.com/FD3gOFXIY4
Sir Alex Ferguson bersetuju dengan perjanjian pinjaman selama dua bulan itu, tetapi Larsson semasa ditemubual Sky Sports mendedahkan bahawa bekas pengurus United itu sememangnya mahu beliau kekal di sana lebih lama.
Pada awal musim, United telah pun kehilangan Ruud Van Nistelrooy yang menyertai Real Madrid. Ole Gunnar Solskjaer dan Alan Smith pula mengalami kecederaan jangka panjang.
Pada waktu itu Ferguson hanya bergantung kepada Louis Saha di barisan hadapan sebagai pemain berpengalaman di samping dua pemain muda, Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo.
Larsson telah menjaringkan tiga gol untuk United dalam tempoh itu dan beliau telah membuktikan auranya di bilik persalinan sehingga berjaya membantu United merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris daripada Chelsea pada musim tersebut.
🇸🇪 #OnThisDay in 2007, #UCL winner Henrik Larsson made his Manchester United debut after joining on a short-term loan. ⚽ pic.twitter.com/HeK7FHxka4
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) January 7, 2019
Menurut Larsson, beliau masih ingat tentang sesi perbincangan yang meminta beliau mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh pinjamannya dan ia ternyata menguji kesetiaannya kepada Helsingborg.
“Saya masih ingat dengan perbincangan itu, beberapa pemain lain juga terlibat. Sebenarnya saya sangat menghargai permintaan Sir Alex [untuk kekal], tetapi saya tak boleh melakukannya.
“Saya telah berjanji dengan Helsingborg dan sebagai sebuah kelab kecil di Sweden, mereka telah ‘melaburkan’ wang yang banyak untuk membawa saya pulang.
“Saya bertanggungjawab dengan apa yang telah saya tulis di atas kertas [kontrak]. Saya telah berjanji akan kembali semula [selepas tamat tempoh pinjaman]. Walaunpun United adalah sebuah kelab yang sangat besar, saya rasa tidak wajar untuk memungkiri janji.
#OnThisDay 12 years ago, Henrik Larsson made his #MUFC bow…
— Manchester United (@ManUtd) January 7, 2019
…what a way to announce yourself to the Stretford End faithful! 💥 pic.twitter.com/sgDA0NxpTe
Helsingborg adalah pasukan yang berpangkalan di bandar di mana beliau lahir dan dibesarkan. Kelab tersebut telah menaikkan nama Larsson di awal kariernya dengan membantu pasukan itu menjuarai liga divisyen kedua dan dipromosi ke liga utama, Alvenskan.
“Satu-satunya perkara yang disesali sepanjang kerjaya saya sebagai pemain adalah kerana saya tidak kekal [bersama United] untuk baki musim tersebut kerana saya mungkin berpeluang untuk memberi lebih banyak sumbangan.
“Masalahnya adalah janji yang telah saya lafazkan kepada Helsingborg yang saya akan pulang dan saya juga mahu anak-anak saya ada tempat yang mereka boleh panggil sebagai ‘rumah’.”
✍🏼 | OFFICIAL!
— Salamander Sport (@SMDRSport) June 16, 2019
Former Celtic and Barcelona star Henrik Larsson is back coaching his former club Helsingborgs IF.
Henrik Larsson was the head coach of this club in 2016 season, which he got relegated.#HIF #Allsvenskan #SMDRF pic.twitter.com/5ZSeA4IHQW
United tetap memberikan medal kemenangan EPL musim tersebut kepada Larsson dan seroang lain penyerang, Alan Smith sekalipun kedua-dua mereka bermain kurang 10 perlawanan liga seperti yang disyaratkan.