Gara-Gara Tersingkir, Anak Henrik Larsson Diserang Oleh Hooligan, Dipaksa Tanggalkan Jersi!

Helsinborg merupakan sebuah kelab yang agak popular di Sweden. Mereka antara pasukan Sweden yang paling banyak beraksi di pentas pertandingan Eropah. Mereka ada rekod 7 kejuaraan Liga dan kali terakhir adalah pada 2011.

Pada 20 November yang lalu, Helsinborg IF telah tewas dalam perlawanan play-off penentuan pasukan mana yang akan kekal dalam liga utama Sweden pada musim hadapan.

Mereka tewas 3-2 secara aggregate di tangan Halmstad

Namun, tersebar meluas di media sosial rakaman video, Jordan Larsson diserang oleh sekelompok penyokong yang bertutup muka.

Jordan Larsson adalah penyerang Helsingborg IF, juga merupakan anak kepada Henrik Larsson yang merupakan pengurus semasa pasukan Helsingborg.

https://twitter.com/BigSportGB/status/800405862233706496

Sebagai tambahan, Henrik Larsson juga lagenda kelab ini dan Sweden. Henrik menamatkan karier bola sepak beliau dengan menyertai Helsingborg IF secara mengejut.

Mereka tidak berpuas hati selepas pasukan tersebut tersingkir ke divisyen 2 selepas 23 tahun di Liga Allsvenskan. Mereka juga pernah menjadi kelab yang dominan di Sweden dalam tempoh tersebut.

Ia adalah protes kepada Henrik Larsson yang dianggap telah mencipta sejarah yang paling memalukan dalam sejarah kelab mereka.

Mereka melakukan konfrontasi kepada Jordan Larsson dan mengarahkan pemain berusia 23 tahun itu menanggalkan jersi Helsinborg IF.

jordan

Petugas keselamatan bergegas mendapatkan Jordan dan menarik beliau ke tempat yang selamat.

jordan1

Sepanjang perlawanan tersebut, penyokong mengejek Henrik Larsson. Mereka kemudian menyerang Jordan Larsson yang pergi ke arah seksyen penyokong untuk meminta maaf kerana musim buruk.

jordan2

Pegarah Sukan Helsingborg IF menyifatkan insiden itu sebagai tidak boleh diterima. Beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi tentang insiden tersebut.

Komen Henrik Larsson

Henrik Larsson kemudian tampil memberikan kenyataan. Beliau agak terkejut dengan insiden serangan itu:

“Saya faham akan kekecewaan mereka. Oleh sebab itu saya pun pergi ke arah mereka, walaupun saya tahu ia bukan sesuatu yang bijak untuk dilakukan ketika itu.”

“Setahu saya, saya tidak melarikan diri daripada mereka. Mereka tidak menyerang saya ketika itu.”

larsson

“Saya tidak perasan mereka menyerang Jordan. Jika saya nampak sudah pasti saya akan ke sana dan berhadapan dengan mereka.”

“Kami tinggal di sini, dan saya akan pastikan kami sekeluarga sentiasa tidak berjalan bersendirian.”

“Jika hooligan ini mahu menyerang kami di rumah, silakan datang, kami ada banyak anjing.”

Henrik Larsson enggan meletak jawatan kerana beliau mahu bertanggungawab di atas apa yang berlaku dan berjanji untuk membawa kelab tersebut kembali ke liga utama Sweden pada 2018.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga : Faiz Subri Perlukan Undian Anda Untuk Berada Dalam Senarai 3 Terakhir Anugerah Puskas 2016

Leave a Reply