Bekas Pelatih Barcelona, Takefusa Kubo Cipta Rekod Debut Termuda Dalam Liga Jepun

Pada usia 15 tahun, Takefusa Kubo menjadi pemain termuda untuk membuat penampilan pertama Liga Jepun pada hari Sabtu lalu.

Pemain yang pernah digelar Messi Jepun kerana aksinya yang luar biasa ketika usia sekolah rendah lagi.

kubo1

Kehebatan beliau membuatkan Barcelona membawa dia dan keluarganya ke Barcelona untuk diserap ke dalam akademi mereka pada 2011.

Namun Barcelona terpaksa akur untuk melepaskan Kubo kembali ke FC Tokyo kerana disabitkan dengan kesalahan dalam perpindahan pemain.

FIFA mengarahkan pemain ini dikembalikan ke negara asal beliau. Namun begitu, Kubo tetap berpotensi kembali ke Barcelona pada usia 18 tahun.

Pada September lalu, jurucakap FC Tokyo menyatakan, kelab Catalan itu ingin membawa budak istimewa ini kembali ke akademi La Masia.

Rekod Pemain Termuda Melakukan Debut!

Rekod ini dicipta ketika Kubo bermain untuk pasukan B-23 tahun FC Tokyo dalam pertandingan Meiji Yasuda J3 League menentang AC Nagano Parceiro.

Pada usia 15 tahun, 5 bulan, dan 1 hari, Kubo memecahkan rekod yang dicipta pada tahun 2004 oleh Takayuki Morimoto yang muncul dalam perlawanan untuk kelab Tokyo Verdy, pada usia 15 tahun, 10 bulan, dan 6 hari.

Debut Kubo ini mendapat perhatian meluas oleh media Jepun dengan 182 wakil media hadir.

Publisiti Kubo dan perlawanan ini juga membuatkan 7,653 peminat hadir ke Stadium Olimpik Komazawa hanya untuk menyaksikan perlawanan divisyen 3.

Mana tidaknya, Kubo memang bakat yang sentiasa mendapat perhatian media dan peminat bola sepak di Jepun.

Aksi Kubo dalam perlawanan tersebut dilihat sangat baik berdasarkan kematangan dan sumbangan beliau sepanjang tempoh 45 minit perlawanan walaupun pasukan beliau tewas 2-1.

Kubo teruja dan berkata:

“Saya tidak ada sebarang cubaan gol hari ini dan tidak dapat menyumbang banyak.  Tetapi ia sangat hebat apabila saya dapat bermain 45 minit,”

“Saya sebenarnya mahu menjadi pemain yang boleh memecahkan ‘kunci’ pertahanan pasukan lawan bila di dalam padang.”

Pengerusi Liga J3, Mitsuru Murai berbangga dengan pemain muda ini. Beliau berkata:

“Ia adalah hebat apabila ada pemain yang boleh menarik ramai peminat datang ke stadium untuk menyaksikan perlwanan Liga J3 ,”

“Pemain bintang seperti Kubo-lah yang akan memeriahkan lagi divisyen in.”

“Ramai pemain berbakat bawah 23 tahun yang dahulunya bermain untuk FC Tokyo kini bermain dengan pasukan terbaik di liga negara ini.”

“Dan saya berharap kita akan melihat Kubo bermain dalam J1 League tidak lama lagi.”

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga : Faiz Subri Perlukan Undian Anda Untuk Berada Dalam Senarai 3 Terakhir Anugerah Puskas 2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN