Faiz Subri Perlukan Undian Anda Untuk Berada Dalam Senarai 3 Terakhir Anugerah Puskas 2016

Terlebih dahulu Tahniah kami ucapkan kepada Faiz Subri yang menjadi anak Malaysia pertama berada dalam senarai 10 terakhir Anugerah Puskas 2016.

screen-shot-2016-11-21-at-16-26-35

Anda boleh tonton kembali jaringan ajaib yang mencabar hukum fizik daripada Faiz Subri di bawah ini:

Anugerah Puskas adalah anugerah yang menobatkan jaringan tercantik tahunan dalam kalendar bola sepak dunia.

Beberapa syarat utama adalah :

  • Ia hendaklah gol yang cantik/memukau
  • Tidak mengira peringkat/jenis kejohanan, jantina atau kewarganegaraan
  • Bukan gol ‘nasib’, kerana kesilapan atau terbias (deflected) pada pemain lain
  • Hendaklah gol yang adil dalam konsep fair-play
  • Pemain itu tidak sepatutnya berkelakuan kotor dalam permainan, termasuk contoh lain seperti hendaklah bebas daripada kesalahan doping.

Mereka Sudah Menjaringkn Gol, Giliran Kita Untuk Mengundi!

Senarai rasmi 10 finalis telahpun dikeluarkan oleh FIFA dalam laman sesawang rasmi mereka.

puskas12

Anda boleh terus mengundi di pautan berikut sebelum 2 Disember 2016.

The FIFA Puskas Award 2016

Kaedah undian sangat mudah kerana anda tidak perlu mendaftarkan sebarang akaun. Ini adalah peluang terakhir untuk anda membantu Faiz Subri

Ini kerana pada fasa 3 terbaik, undian akan dilakukan di malam gala anugerah FIFA pada 9 Januari 2017. Berikut adalah rangkuman 10 gol yang berjaya disenaraikan dalam peringkat saringan 10 terbaik:

Mampukah Jaringan Ajaib Faiz Subri Ke Senarai 3 Terbaik?

FIFA telah menerima beribu-ribu pencalonan gol yang menarik dari seluruh dunia dan kini hanya 10 calon akhir selepas penilaian yang cukup teliti.

Undian ini penting untuk menentukan 3 gol yang akan berada dalam senarai grand finale pada malam gala beprestij pada 7 Januari 2017 itu nanti. Pengumuman untuk 3 finalis utama akan diumumkan pada 2 Disember 2016.

Faiz Subri Pilihan Utama!

Jadi, ayuh berikan sokongan kepada Faiz Subri kerana kami berpendapat jaringan beliau memang terbaik dan berhak menang. Ia bukan semata-mata kerana sentimen sebagai orang Malaysia.

Berdasarkan tinjauan kami di beberapa laman komuniti dan laman-laman sosial bola sepak antarabangsa, ramai yang turut berpendapat jaringan yang mencabar hukum fizik oleh Faiz Subri adalah calon pilihan kali ini.

Bersama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Faiz Subri agar dapat melakar sejarah dalam bola sepak dunia.

Baca juga : Anugerah Puskás FIFA: 10 Gol Cantik Sepanjang 2015 Manakah Paling Terbaik?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN