Henderson Laung Keyakinan Liverpool Mampu Menangi Trofi Musim Hadapan

Kapten Liverpool, Jordan Henderson yakin bahawa Liverpool mampu bersaing untuk memenangi kejuaraan pada musim hadapan, walaupun jika kelab itu gagal melakukan penambahan pemain kepada skuad sedia ada.

Liverpool telah membawa masuk Mohamed Salah dan Dominic Solanke pada musim panas ini. Namun demikian, kelab Merseyside itu kecewa dengan rundingan berpanjangan membabitkan Naby Keita dan juga Virgil van Dijk.

(Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Di sebalik kesukaran itu, Jordan Hendersaon yakin Liverpool mempunyai skuad dan pengurus hebat yang mampu mencabar mana-mana pasukan pada musim hadapan.

Selain daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan juga Piala EFL, Liverpool turut akan melalui pusingan kelayakkan UEFA Champions League (UCL)- pertandingan yang sinonim dengan malam hebat di Istanbul buat kelab yang berpengkalan di Anfield tersebut, pada musim hadapan.

Gambar: Liverpool

Kapten Liverpool itu dipetik sebagai berkata:

“Skuad musim ini perlu mensasarkan sesuatu yang lebih tinggi. Dengan pemain dan pengurus yang Liverpool miliki, kami mahu memenangi sesuatu. Ini adalah sasaran kami.”

“Kami akan bermain dalam setiap perlawanan dan pertandingan pada musim akan datang dengan sasaran untuk memenanginya. Kami perlu tetapkan sasaran yang tinggi.”

“Akan ada persaingan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pada musim ini.”

“Kami mempunyai kumpulan pemain yang mahukan musim yang hebat, dan setiap pemain akan bekerja keras untuk mendapatkan perhatian pengurus untuk disenaraikan ke dalam kesebelasan utama.”

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)
Restrictions

Buat masa ini, Jordan Henderson berharap dirinya mampu pulih sepenuhnya dari kecederaan sebelum sepak mula musim hadapan.

Kapten Liverpool yang menerima lilitan kapten daripada Steven Gerrad selepas persaraan lagenda Liverpool tersebut sentiasa bergelut dengan kecederaan untuk dua musim kebelakangan ini.

Namun demikian, Henderson tampak yakin dalam penampilannya ketika Liverpool menentang Tranmere dan juga Wigan dalam perlawanan persahabatan pra musim baru-baru ini.

“Saya tidak dapat ingat bilakah kali terakhir saya menjalani latihan pra musim yang lengkap. Kali ini, saya berharap dapat bersedia dan benar-benar cergas untuk musim hadapan,” tambah Henderson lagi.

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Pemain antarabangsa England ini tidak tampil untuk Liverpool sejak awal Februari yang lalu selepas kecederaan di kaki. Kali ini, Henderson yakin dirinya telah pulih sepenuhnya daripada kecederaan tersebut.

“Saya berada pada kemuncak prestasi dan merasakan diri berada pada tahap terbaik sebelum mengalami kecederaan tersebut ketika latihan,” kata Henderson lagi.

“Pada mulanya, ia hanya bengkak sedikit. Tetapi ia semakin menjadi sebelum imbasan menunjukkan tahap kecederaan itu sebenarnya agak teruk.”

“Saya sangat kecewa. Segalanya pada tahap terbaik sebelum itu. Kecederaan tersebut mengecewakan saya terutama apabila ia berlaku pada waktu pasukan sangat memerlukan saya.”

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

“Saya cuma mampu untuk bekerja dengan lebih keras semampu yang saya boleh lakukan. Walaupun menamatkan musim lebih awal pada musim lalu, tetapi musim panas ini saya yakin telah kembali ke tahap kecergasan yang dikehendaki,” ujar Henderson menutup bicara.

Liverpool menamatkan musim 2016-2017 di tangga ke-4, walaupun memiliki rekod terbaik dalam pertembungan sesama sendiri di kalangan 6 pasukan teratas EPL pada musim lalu.

Sumber:

1. Andy Hunter, The Guardian (2017): Jordan Henderson expects Liverpool honours despite transfer frustration;
https://www.theguardian.com/football/2017/jul/15/liverpool-major-honours-transfer-frustration-jordan-henderson

2. Chris Bascombe, The Telegraph (2017): Jordan Henderson hoping for better luck with injuries as competition for places at Liverpool becomes intense;
http://www.telegraph.co.uk/football/2017/07/15/jordan-henderson-hoping-better-luck-injuries-competition-places/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN