Rummenigge Sahkan AC Milan Sasar Renato Sanches

Pengerusi Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge mengesahkan AC Milan berminat untuk mendapatkan pemain tengah Portugal, Renato Sanches pada jendela perpindahan musim panas ini.

Sanches menyertai juara Bundesliga itu pada musim panas lalu daripada Benfica. Sejak daripada itu, beliau sering dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab besar yang lain di Eropah.

(Photo by Alexander Hassenstein/Bongarts/Getty Images)

Ketika kempen Euro 2016 di Perancis, Renato Sanchez dinobatkan sebagai pemain muda terbaik kejohanan, turut menyaksikan pasukan negaranya muncul juara kejohanan tersebut.

Bagaimanapun segalanya tampak sukar bagi Sanches di Bayern walaupun tampil 25 kali untuk kelab Bavarian itu pada musim lalu.

Sebuah akhbar Portugis, Record melaporkan bahawa Milan berminat untuk membawa pemain berusia 19 tahun itu secara pinjaman selama 2 tahun, dengan pilihan untuk mendapatkan Sanches pada harga €47 juta.

(Photo by Simon Hofmann/Getty Images)

Rummenigge mengesahkan AC Milan yang telah berbelanja besar untuk mendapatkan pemain seperti Leonardo Bonucci, Ricardo Rodriguez dan Lucas Biglia turut mensasarkan Renato Sanchez.

“Saya boleh mengesahkan bahawa AC Milan telah menunjukkan minat mereka untuk Renato Sanchez,” ujar Rummenigge kepada wartawan sebelum penerbangan skuad Bayern Munich ke jelajah pra musim di Asia.

“Buat masa ini AC Milan belum lagi memenuhi tuntutan yang kami mahukan. Selagi belum ada persetujuan, maka kedudukan Renato Sanches akan kekal sebegitu buat masa ini,” tambah Rummenigge lagi.

.(Photo by Foto Olimpik/NurPhoto via Getty Images)

Sanches menandatangani kontrak selama 5 tahun pada musim lalu untuk bersama Bayern Munich dengan yuran perpindahan berjumlah €35 juta daripada Benfica.

Jumlah itu dilaporkan boleh meningkat kepada €80 juta bergantung kepada prestasi dan objektif yang telah tercapai oleh Renato Sanches bersama Bayern Munich.

Ia tidak tampak sebegitu jika persembahan Sanches bersama Bayern Munich pada musim lalu diambil kira.

Pada jendela perpindahan musim panas pada kali ini, Bayern Munich sendiri telah mendapatkan Serge Gnabry, James Rodriguez dan Kingsley Coman untuk menghadapi kempen musim 2017-2018.

Sumber:

1. Mark Lovell, ESPN FC (2017): AC Milan interested in Bayern Munich’s Renato Sanches – CEO Rummenigge;
http://www.espnfc.com/story/3158853/ac-milan-interested-in-bayern-munichs-renato-sanches-karl-heinz-rummenigge

2. John N. Dillon, bavarianfootballworks (2017): Rummenigge confirms AC Milan’s interest in Sanches;
https://www.bavarianfootballworks.com/2017/7/16/15979076/bayern-munich-ac-milan-rummenigge-confirms-interest-in-renato-sanches-transfer-rumor

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN