Quantcast
KAFA Mengaku Kesal Atas Insiden Melibatkan Penyokong Kelantan & Perak


LIGA MALAYSIA

KAFA Mengaku Kesal Atas Insiden Melibatkan Penyokong Kelantan & Perak

Monday, 17 Jul 2017

Terdapat sebuah insiden yang tidak diingini berlaku tempohari di Kota Bahru melibatkan penyokong bola sepak.

Penyokong Kelantan dan juga penyokong Perak dikatakan terlibat dalam insiden pergaduhan selepas perlawanan Liga Super melibatkan kedua-dua pasukan.

Dalam perlawanan itu, Kelantan mencatatkan kekalahan ketiga berturut-turut dalam Liga Super apabila tewas 2-0 di tangan Perak.




Bagi pihak KAFA, mereka nyata kecewa dengan apa yang berlaku melibatkan kedua-dua belah penyokong.

Datuk Muhammad Nasir Hamzah yang merupakan Naib Presiden KAFA menyifatkan semangat kesukanan haruslah disemai diantara penyokong kedua-dua pasukan.

Gambar: Sinar Harian

“Penyokong Kelantan dan juga mana-mana penyokong yang bertandang ke Kota Bharu perlulah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.”

“Bagi penyokong pasukan yang kalah, terima kekalahan itu dengan hati terbuka. Bagi penyokong pasukan yang menang jangan pula lakukan provokasi.”

Kejadian gaduh antara penyokong Kelantan & Perak sejurus tamat game Liga Super semalam.

โพสต์โดย Wiki Rakyat บน 16 กรกฎาคม 2017

Menurut sumber dari akhbar tempatan atas talian, terdapat sebuah pergaduhan tercetus antara penyokong Kelantan dan juga Perak selepas perlawanan antara kedua-dua pasukan.

Pergaduhan itu berlarutan selama hampir 15 minit dengan terdapat balingan objek turut berlaku.

Sumber:

  1. MStar (2017): Kafa Kesal Insiden Kecoh; http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/07/17/kafa-kesal/

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: KAFA Mengaku Kesal Atas Insiden Melibatkan Penyokong Kelantan & Perak



Berita Bola Yang Menarik