Quantcast
Hamidin: "FAM Akan Selesaikan Tunggakan Pampasan Gaji 5 Jurulatih Sebelum Hujung Bulan Ini"


BERITA

Hamidin: "FAM Akan Selesaikan Tunggakan Pampasan Gaji 5 Jurulatih Sebelum Hujung Bulan Ini"

Monday, 17 Jul 2017

Sebelum ini kecoh cerita tentang bekas jurulatih skuad B-22 kebangsaan menyatakan pampasan gaji mereka masih belum dibayar. Beberapa bulan lalu FAM mengesahkan yang mereka sudah menyelesaikan gaji Frank Bernhardt.

Namun selepas itu, timbul 5 nama jurulatih yang mengadu pampasan gaji mereka masih belum diselesaikan. Jurulatih-jurulatih ini tidak berpuas hati kerana tidak menerima bayaran penuh baki kontrak mereka. Mereka adalah:

1. Hassan Sazali Mohd Waras
2. Reuben Jude
3. Aminuddin Hussin,
4. Megat Amir Faizal Ibrahim
5. Mashidee Sulaiman.




5 bekas jurulatih tersebut sebelum ini berkhidmat dengan skuad senior ataupun skuad B-22. Hassan Sazali Waras digugurkan dari jawatan pembantu jurulatih kebangsaan.

Ini selepas Datuk Ong Kim Swee digantikan dengan Nelo Vingada. Reuben Jude adalah bekas jurulatih kecergasan skuad senior.

3 lagi nama adalah jurulatih yang berkhidmat di dalam pasukan kejurulatihan yang diketuai oleh Frank Bernhardt. Aminuddin Hussin adalah pembantu kepada Frank Bernhardt sebelum ini.

Bercakap kepada Bernama, Datuk Hamidin menyatakan yang pampasan gaji 5 jurulatih tersebut akan diselesaikan pada sebelum hujung bulan ini.

Beliau juga sudah menghubungi Presiden Persatuan Jurulatih Malaysia B. Sathianathan dan akan mengadakan pertemuan dengan jurulatih tersebut minggu ini.

Datuk Hamidin memberitahu media yang FAM sudah membayar pampasan untuk 3 bulan pada 3 Mei lalu. Beliau menambah:

“Tetapi perlu saya katakan FAM tidak kejam, kita telah bayar ikut semua peraturan. Kita boleh berbincang dan kita juga sudah ada formula dan akan berjumpa dengan mereka untuk selesaikannya.”

Sumber

Bernama – http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1372910

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Hamidin: "FAM Akan Selesaikan Tunggakan Pampasan Gaji 5 Jurulatih Sebelum Hujung Bulan Ini"



Berita Bola Yang Menarik